Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Malaysia Merdeka Mereka Merana

Sabtu, 4 September 2010



"1 Malaysia Menuju Tranformasi",

Begitulah tema Hari Merdeka tahun ini,

Saban tahun kita sambut penuh erti,

Yang lama merindui, yang baru mengagumi.



Gema Merdeka dicanang melata,

Negara beranjak matang dewasa,

Namun sayang tergelincir maksudnya,

Pemuda berantakan, pemudi hilang punca.



Ramah bukan sebarang ramah,

Ramah mengundang bala musibah,

Sudah bebas budaya terjajah,

Si kecil dibuang persis sang sampah.



Dari kayu bertukar besi,

Rakit sampan berubah kondisi,

Teknologi dipacu penawar dicari,

Penyakit minda galak menguasai.








Produktiviti dijana kecemerlangan dicipta,

Industri tersohor masyhur ternama,

Modal insan terbiar gagal dibina,

Jiwa gelap akhlak terhina.

Negara merdeka demikian dikisah,

53 tahun berlalu tiada berubah,

Masyarakat mabuk harapan diratah,

Masyarakat majmuk terkulai punah.

MHT: Ingatlah, kita masih punya perisai doa. Bersulam usaha, moga ada sesuatu yang mampu kita ubah, insya-Allah. Salam kemerdekaan.

1 Komentar:

TWIN94 berkata...

erm.. btol3..
skarang bukak je surat khabar mesti de je crite psl bayi kene buang, erm.. mmg x de hati per0t bt0l 'binatang' yg buang 2..
ish3.. :/

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails