Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

SMS Syawal

Jumaat, 10 September 2010



PERTAMA:

Hali laya sula mali,

Baju laya satu loli,

Satu tawun satu kali,

wamikin silap wavely soli..


Silamat Hali Laya
Aidilfitri... ('',) Hi..Hi..Hi...

Kiriman: Abang








KE-2:


Tunggu-tunggu rayo dah dokek,

Baka lomang robuh ketupek,

Nak anta kad rayo da tak sompek,

Anta SMS jo yang copek...

Selamat Ari Rayo. Maaf zahir batin.

Kiriman: Kekando

KE-3:

Ramadan berlalu Syawal menjelma,

Jari disusun maaf dipinta,

Di mana ada terkasar bahasa,

Atau pekerti kurang sempurna,

Atau hati dibuai hina,

Kemaafan dipinta pencuci dosa,

Diberkati Allah Yang Maha Esa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.

Kiriman: Kakak

KE-4:


Kuih muih dalam pinggan,

Disusun elok pelbagai gaya,

Setelah genap puasa sebulan,

Tiba masa berhari raya..

Mencari Palas di pinggir hutan,

Basah peluh mengalir di tangan,

Tersilap kata juga perbuatan,

Bersama bermaaf eratkan hubungan,

Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin

Kiriman: Adik kembar

KE-5:

Takbir bersilih memuji Ilahi,

Bergema alam indah berseri,

Tanda kemenangan riang dirai,

Aidilfitri menjelang kembali,

Ceria hati jiwa menanti,

Maaf dihulur ampun diberi.

Kiriman: Saudara

KE-6:

Posto.. posto..

Kad raya sampai...

----------
!'--._ _.--'! buka la!
i_ _ _ _ _i

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin.

Kiriman: Sepupu

KE-7:

Walau jauh bukan halangan,

SMS dihantar tanda persahabatan,

Kupohon maaf selama berkawan,

Salam Aidilfitri tanda ingatan.

Kiriman: Kawan

KE-8:

Masak lemang sambil berdiri,

Hendak makan di Aidilfitri,

Nak hantar kad raya posmen dah cuti,

SMS saja boleh kuberi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

Kiriman: Kenalan

KE-9:

Upin Ipin membakar mercun,

Terkejut Kak Ros di tengah laman,

SMS kukirim memohon ampun,

Tanda ingatan di hari lebaran,

Ramadan datang sekali setahun,

Zikir amalan dilupa jangan=)

Kiriman: Dari saya untuk semua!

Dan yang paling mahal adalah...

KE-10!!

Daripada Abi Umamah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa mengerjakan amal ibadah pada Hari Raya [Aidilfitri & Aidiladha] dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tak akan mati [pada hari kiamat] sebagaimana matinya hati [orang-orang yang kufur ingkar] pada hari itu.. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Kiriman: Mak dan Pak saudara!

MHT: Terima kasih kepada semua pengirim. Kepada pembaca, kalau nak copy tolong komen dulu di bawah ini. Kalau sudi, tulislah SMS yang menarik untuk dikongsi. Selamat Hari Raya Aidilfitri! (^^,)



0 Komentar:

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails