Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Kelebihan Ziarah Pesakit dan Doa Sakit Perut

Ahad, 31 Mac 2013

1 Komentar
Surah al-Burj ayat 1 - 9





Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim sesama saudara.

Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis berikut:

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
 
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” 

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [Riwayat Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang.

Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [Riwayat at-Tirmizi: Hasan]

MHT: Alhamdulillah, baru sembuh daripada sakit perut dan pening kepala.

Malam Cinta Rasul 2013 - Hiburan Alternatif Remaja.

Isnin, 25 Mac 2013

2 Komentar
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Maha pencipta. Ajakan daripada seorang murid yang disampaikan melalui seorang sahabat guru pada mulanya saya pandang sepi tanpa rasa teruja.

Sungguh hidayah itu milik Allah. Selang beberapa hari, saya layari laman sesawang dan membuat sedikit kajian tentang Habib Syeh dan malam cinta rasul. Ternyata, apa yang saya temui lebih daripada jangkaan. Majlis yang pernah diadakan pada tahun lalu rupa-rupanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah kehadiran bukan calang-calang anak.

Atas rasa cinta kepada Rasulullah dan kaum kerabat baginda, saya gagahkan diri dan membuang semua bisikan dan kelat-kelat hitam dalam hati. Bahkan, saya muat turun poster majlis yang mulia ini dan saya sebarkan dalam facebook serta blog.

Sabtu, 23 Mac 2013. Perjalanan ke lorong dakwah dari Seremban ke Kuala Lumpur terasa dipermudahkan Allah. Seolah-olah ada tali yang menarik kenderaan kami sepanjang jalan. Maha suci Allah.

Malam Sabtu. Dataran Merdeka yang sebelum ini lengang dan kadang-kala ripuh dengan suara-suara artis bergelandangan tetapi malam itu menjadi sangat meriah dengan cahaya lampu yang terang benderang. Tetapi bukan itu yang menjadi ukuran. Malam itu dapat saya rasakan bahawa setiap helai rumput yang terpijak di tanah lapang itu pasti bangga dan redha untuk menjadi saksi pada setiap tapak kaki yang menginjaknya.

Dan saya sangat bersyukur kerana menjadi salah satu daripada sekian banyak tapak kaki yang berpijak di malam cinta rasul!

Realitinya, suara-suara zikir dan pujian yang berkumandang dan menyelubungi malam minggu itu menutup semua bunyi motor-motor rempit yang biasanya menguasai pancaindera anak kota. Alunan dan gerak tubuh makhluk-makhluk di dataran saat itu sangat meruntun hati-hati yang rindu kepada baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Biarpun waktu hampir menuju detik 12 malam, kaki tidak terasa kebas dan tubuh tidak terasa letai. Alhamdulillah. Aura positif bersipongang dan mengikat hati-hati untuk bertahan. Sungguh!

Kemerduan suara syeh yang bermadeh tanpa berhenti amat mengagumkan. Inilah bukti majlis ilmu masih lagi diminati dan zikir sebegini dengan rentak muzik yang mengasyikkan berjaya menarik anak muda untuk turut serta tanpa ada nilai pesimis.

Tatkala pulang pada lewat malam, kaki melangkah dengan hati tenang dan palitan rindu yang sangat mendalam kepada Rasulullah, penghulu para nabi.

Dan saya terfikir, siapakah yang menggerakkan hati murid tersebut untuk mengajak hati ini? Dan suara siapa yang menggetarkan serta mengetuk karat pintu hati kecil saya ini? Subhanallah!

Dan saya sempat memandang langit malam itu dengan sayu dan sepi.

Nikmat mana lagi yang ingin saya dustakan?

Malam Cinta Rasul 2013 - Dataran Merdeka.

Sabtu, 23 Mac 2013

6 Komentar

Tips Memilih dan Membeli Buku Di Kedai.

Khamis, 14 Mac 2013

0 Komentar

Membaca adalah tradisi manusia sejak era pembukuan di dunia wujud sekian lama dahulu. Budaya membaca telah menjadi seolah-olah seperti suatu kewajipan bagi manusia sehingga orang yang rajin membaca digelar 'ulat buku'.

Namun demikian, kepekaan terhadap bahan bacaan tekstual kini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh kemajuan teknologi perkomputeran dan lambakan bahan-bahan bacaan di laman web sosial termasuklah laman blog seperti yang anda baca sekarang! =)

Justeru, tradisi ilmu ini harus kita pertahankan. Budaya membaca bahan ilmiah berbentuk buku mesti terus diamalkan oleh generasi era milenium ini.

Tetapi, apa yang selalu berlegar di minda anak muda adalah, bagaimana ingin memilih bacaan bacaan yang sesuai?

Di sini, diperturunkan tips yang sesuai untuk anda. Cubalah!

1. Bayangkan dahulu, tajuk atau jenis buku yang anda ingin baca dan beli.

2. Mulakan langkah ke kedai buku dengan niat mencari ilmu kerana Allah. Pasti Allah akan membantu kita memilih bacaan yang sesuai apabila tiba di kedai buku.

3. Masuk ke kedai buku dengan menyebut basmalah
 (بسم الله الرحمن الرحيم)

4. Pilih rak buku mengikut kelasnya. Biasanya ada nama-nama kategori yang dipamerkan seperti 'BUKU AGAMA', BUKU POLITIK, BUKU MOTIVASI, BUKU KANAK-KANAK, NOVEL REMAJA dan sebagainya.

5. Setelah memilih kategori yang dikehendaki dan dirasakan sesuai, baca satu persatu tajuk buku yang tersedia di rak secara rawak tanpa menyentuhnya. Perhatikan juga nama penulis buku-buku tersebut.

6. Angkat buku yang dirasakan menarik pada pandangan mata anda. Ada yang tertarik kerana warnanya. Ada juga yang tertarik kerana ilustrasinya. Mungkin juga kerana nama penulisnya. Terserah.

7. Belek buku yang berada di tangan anda dan perhatikan muka hadapan dan belakangnya. Kebiasaannya, terdapat sedikit huraian ringkas di belakang kulit buku dan ia sangat membantu anda memahami isi buku tersebut secara ringkas.

8. Sekarang, buka bab halaman atau isi kandungan. Baca sekali lalu tajuk-tajuk atau bab-bab yang terkandung dalam halaman tersebut.

9. Sekiranya kandungan buku tersebut menarik perhatian anda dan keinginan untuk membeli sudah terdetik dalam hati, lihat harga buku di kulit belakangnya. Seluk poket dan lihat wang dalam beg duit anda!

10. Jika mencukupi, terus pegang buku tersebut dan cari lagi dua atau tiga buku untuk dibeli dengan mengulang langkah yang sama. Jangan beli sekiranya tidak bertepatan dengan nilai kewangan anda! =)

11. Akhir sekali, bayar di kaunter. Nekadlah yang anda akan membaca dan mengambil manfaat daripada bahan bacaan tersebut.

12. Setelah tamat, kongsikan bahan ilmiah tersebut dengan keluarga dan sahabat handai. Cadangkan kepada mereka agar turut membeli buku tersebut. Semoga dengan perkongsian ilmu itu nanti akan menjadi sedekah jariah buat anda. Sebarkan ilmu samalah seperti bersedekah.

Selamat membaca. Apa lagi, jom ke kedai buku.

MHT: Jadilah ulat buku, jangan jadi ulat bulu!

DOA NABI SEBELUM MEMBERI SALAM DALAM SOLAT

Ahad, 3 Mac 2013

1 Komentar


Dibaca selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berpesan melalui sabda Baginda yang bermaksud, “Apabila kamu tasyahud, maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara. Doalah:


اللَّّّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَجَّالِ.


“Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajal.” (Hadis Riwayat Muslim)

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails