Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

SENJATA UNTUK GAZA

Rabu, 28 November 2012

0 Komentar
Saban hari, laporan tragedi penyeksaan warga Palestin singgah ke Bumi Malaysia.
 
Amat sedih menyaksikan umat Islam di Gaza dikasari saban hari.
 
Namun, kekecewaan ini tetap tidak memungkinkan masyarakat kita untuk melawan.
 
Justeru, senjata apa lagi yang yang kita ada?
 
Kudrat mana lagi yang masih tersisa?
 
Demi saudara seagama yang mengaku Allah sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad sebagai Rasulnya; ayuh kita bersama-sama menggunakan senjata yang paling ampuh tinggalan baginda Nabi s.aw.
 
DOA QUNUT NAZILAH
 
1. Dibaca ketika kaum Muslimin ditimpa bencana, ancaman, penganiyaan atau penindasan daripada musuh-musuh Islam.
 
2. Imam Bukhari dan Muslim menyatakan dalam sebuah hadis, Anas Bin Malik r.a pernah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan Qunut Nazilah selama 30 hari [Solat Subuh] secara berturut-turut, sebagai doa ke atas para pembunuh yang membunuh 70 orang para sahabat dalam peristiwa Bi’ru al-Maunah.
 
3. Mazhab Hanafi: Boleh dibaca pada solat fardhu jahriyah iaitu Subuh, Maghrib dan Isya’.
 
4. Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki: Boleh dibaca pada setiap kali solat fardhu.
 
5. Menurut sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Ahmad, Anas Bin Malik pernah melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w membaca qunut ini selepas bangkit dari ruku’ terakhir dalam solat.
 
MAKNA
 
Ya Allah, ampunilah dosa kaum Muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya Allah, jinakkan sert satukan hati kaum muslimin. Perbaikilah keadaan mereka. Bantulah kaum Muslimin untuk melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka.
 
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang [zalim] mendustakan para Rasul-Mu dan membunuh para kekasih-Mu.
 
Ya Allah, cerai-beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak tertangguh lagi untuk orang-orang yang penuh dosa.
 
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan hanya kepada-Mu.
 
Wahai Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami, maka kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka.
 
Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh agama Islam. Ya, Allah, pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka. Gegarkanlah pendirian mereka. Ya Allah, belenggukanlah mereka dengan tentera-tentera-Mu ya Allah; ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan yang mana pemurah lagi maha penyayang.
 
Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka [3x] dan menangkanlah kami ke atas mereka.
 
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.
 
MHT: Yang dibaca dalam solat adalah lafaznya [Bahasa Arab]. Boleh didapati dalam buku atau internet. Berusahalah untuk menghafaznya, insya-Allah.

Doa Tahun Baru Hijrah

Rabu, 14 November 2012

1 Komentar
Selamat menghadapi cabaran tahun baru 1434 hijrah.
 
Mulakan awal tahun ini dengan membaca doa yang biasa terdapat pada buku-buku di Malaysia.
 
Mula-mula terfikir hendak taip doa yang panjang ini. Namun, alhamdulillah dunia semakin canggih. Nikmat internet digunakan sebaik mungkin.
 
Terima kasih kepada yang telah berjasa meletakkan doa ini di laman maya. Semoga usaha ini berkembang dan menjadi sedekah jariah hingga ke syurga.
 
Jangan lupa baca dan hayati maknanya.  Baca sekali pun, tidak menjadi masalah. Baca doa yang lain juga tidak berdosa dan dibolehkan.
 
Mari baca ramai-ramai!
 

Solat Dhuha = Sedekah

Ahad, 11 November 2012

0 Komentar
 
Solat Dhuha ialah solat sunah yang dilakukan pada waktu pagi setelah matahari naik. [Anggaran jam 7.30 - 12.00 pagi]
 
GALAKAN
Hadis yang masyhur berkenaan solat ini adalah datangnya daripada riwayat Imam Muslim yang berbunyi:

Daripada Abu Dzarr r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda,
 
 
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ
 
 فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
 
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ
 
وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
 
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
 
"Bagi tiap-tiap ruas daripada anggota tubuh seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih [Subhanallah] adalah sedekah, setiap tahmid [Alhamdulillah] adalah sedekah, setia tahlil [La Ilaaha Illallah] adalah sedekah, setiap takbir [Allahu Akbar] adalah sedekah, menyuruh untuk melakukan kebaikan juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu dapat diganti dengan dua rakaat Solat Dhuha."
 
RAKAAT
Sesungguhnya, tiada batasan rakaat dalam mengerjakan solat Dhuha seperti yang pernah disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim dalam sohihnya, Kitab 'Sholaatil Musaafiriin wa Qahruhaa' no. 719:
 


مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
 
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
 
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

 
Daripada Mu'adzah, dia berkata, "Aku bertanya kepada Saidatina 'Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Dhuha?
 
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut apa yang baginda kehendaki."
 
[Nota: Boleh juga dilakukan sebanyak dua rakaat seperti yang disebutkan dalam hadis sebelum ini]
 
BONUS DARIPADA ALLAH
Bukanlah menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam melaksanakan solat ini.
 
Namun, bukankah mengikuti sunah Nabi itu suatu permata yang sangat berharga?
 
Barangsiapa yang sering mengadu susah dan miskin, Allah telah memberikan tips yang cukup bermakna.
 
Bacalah hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 1097 yang berbunyi:
 
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata, Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Allah Azza Wa Jalla berfirman,


 
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ
 
 فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ. 
 

"Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang [rezeki]."
 
 
DOA
Setelah selesai solat, alunkanlah doa ini dengan kesungguhan mengharapkan keredhaan daripada Allah.
 
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha, Dhuha-Mu, kecantikan, kecantikan-Mu, kekuatan, kekuatan-Mu, kekuasaan, kekuasaan-Mu, perlindungan, perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika susah, permudahkanlah, jika haram, kau sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, perlindungan-Mu. Jadikanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang soleh."
 
MHT: Solat Fardhu janganlah ditinggalkan. Untuk bekalan kita juga di akhirat kelak.

Esok SPM!

Ahad, 4 November 2012

0 Komentar
Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM]

Jangan lupa solat hajat.

Bangun awal, doa selepas sembahyang Subuh.

Solat Fardhu jangan tinggal.

Sebelum keluar rumah, salam dan mohon restu mak dan ayah.

Sampai sekolah, salam atau minta doa guru-guru.

Melangkah ke dalam dewan peperiksaan dengan kaki kanan.

Sebut nama Allah [Bismillahirrahmanirrahim]

Tenangkan diri.

Selamat berjaya. Bittaufiq wannajah insya-Allah.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails