Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

3 Fasa Yang Keliru

Jumaat, 24 September 2010


Kebiasaannya, hampir setiap orang akan melalui 3 fasa yang keliru dalam hidupnya.

PERTAMA.
Masa lalu.

KE-2.
Masa Sekarang.

Ke-3.
Masa akan datang.


Setiap satu fasa mempunyai ujian dan cabaran yang tertentu.

Oleh itu, selalulah rajin berusaha melakukan 3 jenis solat setiap hari kerana setiap satunya ada manfaat untuk ketiga-tiga fasa tersebut.

Apakah solat itu?

PERTAMA: SOLAT TAUBAT.
Dengan niat kita menyesali setiap kesilapan masa lalu dan bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik. Allah akan menerima taubat orang yang benar-benar menyesal. Yakinlah.

KE-2: SOLAT HAJAT.
Dengan harapan Allah akan mengabulkan setiap permintaan dan hajat kita supaya kehidupan masa sekarang akan lebih mudah dan dijauhi daripada cengkaman musibah. Bersungguhlah.

KE-3: SOLAT ISTIKHARAH.
Kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi di masa hadapan. Mungkin kita berkehendakkan sesuatu tetapi Allah memberikan yang lain daripada itu. Ingatlah, Allah selalu memberikan apa yang kita perlukan lebih daripada apa yang kita mahukan. Ramai yang berpendapat solat Istikharah hanya untuk menentukan jodoh. Sedangkan Istikharah boleh dilakukan bila-bila sahaja agar kehidupan masa akan datang lebih teratur dan dipimpin oleh rahmat Allah. Ramai yang terlepas pandang dalam hal ini. Justeru, Istikharah dan tawakallah. Tentu Allah akan membukakan jalan fitrah. Pastinya.

MHT: Masalah paling jelas selalunya adalah bagaimana untuk kita terus istiqamah...

2 Komentar:

HiJaBViOLet berkata...

salam. mcm ni rupanya perkaitan solat dan kehidupan masa lalu, sekarang dan akan datang..hm betol, mudah mudahan dapat mencari mutiara kehidupan paling berharga : ISTIQAMAH:-)

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam xifu..

Syukran atas perkongsian n perkaitan yang menarik ini~

Istiqamah bukan bicara atas USAHA semata-mata, ia bicara tntg IMAN. Mahu trus kekal istiqamah, suburkanlah IMAN di hati dengan zikrullah (^_^)~

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails