Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

BOCOR... UPSR Tangguh Lagi!

Ahad, 21 September 2014

0 Komentar



Masya-Allah, lama sungguh saya tidak mengisi ruang blog ini. Kesibukan menghadapi musim persekolahan dengan pelbagai karenah murid ditambah dengan tugasan guru yang rencam membuatkan saya 'tidak sempat' berkarya di laman ini. (Entah ada yang baca ataupun tidak)

Alam persekolahan memang berkait rapat dengan belajar dan peperiksaan. Matlamat utama ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan memimpin anak-anak dengan disiplin dan akhlak mulia.

Namun, situasi yang berlaku kini adalah sebaliknya. Matlamat MESTI DAPAT 'A' untuk setiap mata pelajaran telah menyebabkan berlakunya beberapa fenomena tidak sihat dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Mutakhir ini, isu penangguhan peperiksaan Tahun 6 iaitu UPSR begitu mengaibkan warga guru dan kementerian pelajaran di Malaysia. Rupa-rupanya budaya songlap, kaki tipu, tamak, makan suap dan pelbagai lagi istilah negatif telah menjalar dalam budaya pendidikan di negara kita. Justeru, tidak mustahil golongan pelajar kini lebih 'degil' dan susah untuk diajar.

Tidak perlu rasanya saya mengulas bagaimana dan kenapa kejadian memalukan ini boleh berlaku. Apa yang pasti, sikap TIDAK BERETIKA, TIDAK BERINTEGRITI dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB adalah kata kunci yang sesuai untuk kes seperti ini.

Moga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku. Moga pesalah tersebut segera bertaubat dan sedar diri. Biarlah pihak berkuasa yang membuat keputusannya.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails