Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Puisi GST Malaysia

Selasa, 17 Mac 2015

0 Komentar
Assalamualaikum. Sudah lama tidak berkarya di sini. Selalu sibuk dengan urusan kerja. Maklumlah cikgu alaf barulah katakan. Cuti pun bekerja.

Tapi malam ini tiba-tiba hendak kongsi dengan anda sebuah puisi tentang isu yang sedang hangat, apa lagi kalau bukan GST....

Naik harga pening kepala,
Ada suka ada merana,
Kerusi atas ikut sahaja,
Rakyat marhean tanggung sengsara.

Bos kilang kira belanjawan,
Tauke borong cari pelanggan,
Peniaga tambah harga jualan,
Rakyat marhean menung berpanjangan.

Kata akhbar, cukai bagus,
Sebab penipuan dapat dihapus,
Tambah baik negara terurus,
Rakyat marhean sakunya hangus.

Gaduh sana gaduh sini,
Lain pendapat ikut parti,
Mogok piket tidak beerti,
Rakyat marhean terikat tali.

Tidak faham dikata dungu,
Buat iklan dan juga lagu,
Ayat manis lidah bermadu,
Rakyat marhean dipaksa setuju.

Isu GST bualan hangat,
Bulan April mengucap selamat,
Membilang hari kumpul semangat,
Rakyat marhean terima akibat.

Sekian... :)

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails