Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Iklan Raya TV3 Hina Islam!!

Selasa, 7 September 2010

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, saya paparkan kebenaran ini bukan sekadar untuk tatapan tetapi perhatian anda! Sesungguhnya ini bukan kebetulan tapi PENGHINAAN yang patut kita sebarkan!

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 seringkali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberansangkan daripada para penonton samada dari segi kualiti atau mesej yang disampaikan; selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Ramai yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menonton iklan-iklan ini disiarkan. Namun iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Lihat sendiri..


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Samada anda yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terserah.
Tetapi sebagai umat Islam, anda harus ambil perhatian.


Babak 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratap rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu/Islam
2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Babak 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas - Simbol Paganism



Babak 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran dan kemodenan.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan masuk Kristian


Babak 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Ini memaparkan kejayaan memurtadkan/merosakkan Bangsa Melayu dan Islam)


1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu/Islam.


Babak 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary Club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya bandar (capital).

Babak 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan Melayu dalam beca.


1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Babak 7- Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang ambil (pickup). Budak Melayu kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, moden dan sebagainya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan Teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan bijaksana..


Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? TIDAK! Ini adalah AGENDA TERANCANG!!

Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran:

"Tidak akan pernah redha orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" al-Baqarah: 120

MHT:
Kredit untuk http://sammaituhanajwa.blogspot.com Saya copy dan edit sedikit. Tanpa sedar, babak awal memang sama dengan adegan dalam filem Harry Potter. Memang lakonan bernas dan licik daripada Kafir Laknatullah! Sebarkan!!

5 Komentar:

cokelat panas berkata...

memang menarik hafizi..kuang ajar punye vdeo..huhu

moja berkata...

thanx info ni..
aku mmg x tau pun iklan ni smpi kna ban...
ni la keja org2 blakang tabir.
mcmana la benda2 cam ni blh di buat komersial.

pa pun salam aidilfitri buat tuan tanah...

chent@ @ty sh@h_f@zz berkata...

salam..
xpernah pun tengok iklan ni..
terima kasih ya ats info ni

masri berkata...

yg buat video ni orang kafir harbi musuh islam. dah memang kerja mereka. yang dimusykilkan ialah apa pula kerja orang islam, yakni di tv3? main terima aje ke iklan yang dibuat? janganlah kerana semata-mata atas nama biznes, wang, dan keuntungan, maka mata dan hati orang islam di tv3 jadi gerhana dan tak nampak apa yg tersembunyi di sebalik iklan itu? sepatutnya kaji dan siasat dulu sebab iklan yg "bertemakan" islam itu "made in disbeliever". biarlah ada sedikit waswas dlm hati si org islam, mengapa syarikat kafir tu beria-ia sangat nk buat iklan untuk org islam. janganlah atas nama 1m'sia atau apa saja slogan perpaduan antara kaum dan agama dipandang mudah dan indah oleh kita sedangkan "mereka" mengambil kesempatan utk memusnahkan kita secara senyap-senyap. ikhlas biar bersyarat, jujur biar bertempat, percaya biar beringat. ingatlah pesan nenek-moyang: buat baik berpada-pada. wallahu a`lam.

Musalli Qanitah berkata...

semoge Islam dilindungi.. amiin.. :)

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails