Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Nabi Ismail Telah Berkorban

Jumaat, 26 Oktober 2012

0 Komentar
Salam Aidiladha buat sidang pembaca.
 
Tahniah dan doa dipanjatkan buat saudara-saudara kita yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah tahun ini.
 
Bagi yang belum berkesempatan, teruskan berdoa. Semoga seruan Allah akan menyinari hidup anda suatu hari nanti.
 
Sekadar berkongsi sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imam Muslim dan Saidatina Aishah r.a,
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”
 
KORBAN
 
Marilah kita bersama-sama mengambil semangat korban Nabi Ibrahim.
 
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud,

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu?"
 
Dia menjawab, "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya-Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
 
Dikhabarkan, ketika itu Iblis menghasut Nabi Ibrahim demi untuk menggagalkan rancangan dan arahan Allah tersebut. Namun Nabi yang mulia menyatakan keikhlasannya menurut perintah Allah.
 
Setelah gagal, Iblis membisikkan kekeliruan kepada isterinya, Siti Hajar. Sekali lagi, Siti Hajar menyaksikan kekuatan imannya dan sokongannya terhadap perbuatan suaminya yang patuh pada perintah Tuhannya.
 
Iblis tidak berputus asa. Lalu, musuh Allah ini terus menakutkan Nabi Ismail agar tidak bekerjasama dengan ayahnya. Tetapi, Nabi Ismail tetap menegaskan pendiriannya untuk menurut perintah Allah.
 
Tatkala Iblis ingin meneruskan rancangan jahatnya, Nabi Ismail telah melempar batu dan tanah kepada mereka.
 
Maka, di sinilah bermulanya sejarah melontar jamrah bagi yang para jemaah haji di Mekah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.
 
TAKBIR
 
Peristiwa korban yang asalnya adalah Nabi Ismail, kemudian ditukar oleh Allah kepada seekor kibas, telah disaksikan oleh sekalian makhluk Allah di langit.
 
Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan, "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan, "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
 
Dan itulah bacaan takbir yang kita amalkan sehingga ke hari ini.
 
MHT: Pengorbanan menuntut kesabaran. Kesabaran mengorbankan keegoaan.

Tips Cepat Kaya

Ahad, 14 Oktober 2012

2 Komentar











Imam Bukhari dan Muslim melaporkan,

daripada Anas Bin Malik r.a ,

bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

"sesiapa yang ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur,

maka jalinkanlah silaturrahim."

MHT: Perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

PROMOSI: HARI USAHAWAN SRI SEREMBAN

Jumaat, 5 Oktober 2012

0 Komentar

Ralat: waktu sebenar adalah 9.00 pagi - 3.30 petang sahaja
 









Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini.
 
"Membeli sambil menderma". Peniaga adalah terdiri daripada para guru dan kakitangan sekolah.
 
Pembelian di gerai - gerai bawah kelolaan sekolah perlu menggunakan kupon yang dijual dengan harga RM5 dan RM10. Kupon-kupon ini boleh didapati di Kaunter Urusetia.
 
Pembelian di gerai yang bukan bawah kelolaan sekolah adalah dengan menggunakan wang tunai.
 
Terdapat pelbagai gerai makanan yang diadakan pada hari tersebut seperti Gerai Lauk-Pauk, Gerai Masakan Panas, Gerai Roti & Kek, Gerai Air, Gerai Ais krim, Gerai Ais Blanded, Gerai Jagung & Popcorn, Gerai Buah-buahan, Gerai Ayam, Gerai Burger dan banyak lagi.
 
Sumbangan tuan/puan dalam bentuk kewangan dan barangan amat dialu-alukan.
 
Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH SRI SEREMBAN yang semakin uzur dan sudah tidak dapat untuk menampung jumlah murid dan kakitangan sekolah  yang semakin ramai.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Sri Seremban, layari laman http://www.srisbn.edu.my
 
MHT: Gerai saya ada menjual jagung cawan bersalut ais krim. Percuma sekeping penanda buku istimewa bagi setiap pembelian dua cawan jagung.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails