Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Bungkusan Hari Lahir!

Isnin, 3 Mei 2010


Happy birthday to you...
Sanah helwa ya jamil...
Selamat hari lahir...
Ungkapan-ungkapan tersebut acapkali meniti di bibir malah sering dilagukan apabila tibanya hari ulangtahun kelahiran. Meskipun berbeza bahasa, budaya, agama dan negara namun ajaibnya, kalimah-kalimah tersebut dialunkan dalam rentak dan melodi yang sama di segenap pelusuk dunia. Inilah kebijaksanaan Allah yang telah menjalinkan hati-hati manusia untuk bersatu dalam satu bahasa iaitu bahasa jiwa. Jiwa insan yang berakal, tenang dan bahagia akan berusaha untuk menyambut hari kelahirannya, teman atau sanak saudaranya biar apapun bentuk rupa dan gaya kerana itulah fitrah manusia.

Dalam sebuah hadith riwayat at-Thabroni menyatakan, mafhumnya,"daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas perkara fardhu (wajib) ialah membawa kegembiraan kepada seseorang muslim."

Persoalannya,
Pertama:
Apakah hukum menyambut hari ulangtahun kelahiran? (lebih baik menyebut hari lahir berbanding hari jadi kerana manusia 'dilahirkan' tidak sama dengan 'dijadikan')


Saya bukanlah orang yang terkedepan untuk menjawab persoalan ini. Namun meladeni kalam seorang tokoh ulama dan pengasas Madrasah al-Taufiqiah al-Husainiah (Kg. Chenong, Chengkau Rembau, Negeri Sembilan) al-Fadhil Ustaz Muhammad Fuad Bin Kamaludin menyebutkan, semua perkataan boleh diterima atau ditolak melainkan perkataan Rasulullah.

Beliau yang juga pengasas Pondok Moden Yayasan Sofa Rembau menegaskan bahawa Rasulullah membenarkan sambutan hari ulangtahun kelahiran. Kata-kata Rasulullah diterjemahkan melalui perbuatannya yang selalu berpuasa pada setiap hari Isnin sebagai tanda Baginda meraikan ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada hari tersebut.

Hadith riwayat al-Tarmizi menjelaskan, mafhumnya, "Daripada 'Aishah katanya, "Rasulullah mengambil berat tentang puasa Isnin dan Khamis."

Hal ini bermakna, Rasulullah menyambut ulangtahun kelahirannya sekali setiap minggu! Sesuatu yang tidak terfikir oleh kita selama ini!

Adakah dengan berpegang kepada dalil ini, kita dapat menjawab dakwaan sesetengah manusia kini yang tidak bersetuju dengan sambutan ulangtahun kelahiran Rasulullah atau mesra dipanggil Maulidur Rasul? Fikirkan, siapakah kita untuk menolak segala perbuatan sunnah yang menjadi tabiat Rasulullah selama ini?
Kedua:
Adakah semua amalan sambutan atau lebih masyhur digelar 'birthday party' sudah dikira layak mengikut sunnah Nabi?

Menjawab persoalan ini, mari kita rujuk kitab ADAB-ADAB ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN (Oleh Ustaz Muhamad Zulkifli Adul Ghani) dalam menghuraikan tentang adab-adab jamuan/majlis.

Adab-adab tuan rumah/majlis:
1. Memberi salam saat bertemu.
2. Menjemput orang-orang bertakwa.
3. Tidak mengkhususkan kepada orang kaya sahaja.
4. Niat yang ikhlas. (Tidak riya')
5. Menerima tetamu dengan penuh sopan. (Senyum juga sedekah)
6. Bersegera menyediakan makanan.
(Kisah Nabi Ibrahim- ad-Dzaariyaat: 24-27)
7. Tiada unsur haram seperti arak, judi atau maksiat dalam majlis.
8. Tuan rumah/majlis sendiri melayan tetamu.
9. Menyediakan makanan dan tempat duduk terbaik sekadar termampu.
10. Menutup dengan kafaratul majlis.
11. Tidak segera menutup pintu kala tetamu pulang. (meraikan mereka sehingga selesai majlis)

Adab-adab tetamu:
1. Memberi salam kala bersua.
2. Ikhlas menerima jemputan sebagai memenuhi hak seseorang muslim.
3. Menjaga adab makan dan ziarah.
4. Mensyukuri tuan rumah/majlis.
5. Tidak menyakiti atau menghina tuan rumah/majlis.
6. Memberi hadiah sekadar termampu.

Hadith riwayat Bukhari menyebut, mafhumnya, "daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "Salinglah memberi hadiah nescaya kamu akan saling menyayangi."

Berpaksikan butiran tersebut, dapatkah anda fikirkankan mengapa tanggungjawab lebih banyak terpundak di bahu tuan rumah/majlis? Justeru, apakah tindakan anda dalam memastikan masjlis seiring sunnah? Anda yang mengikuti tulisan ini pasti arif membuat pertimbangan. Tuntasnya, amalkan dan tebarkanlah sunnah selagi hayat dicengkam badan sebelum tanah membelit sakan.


MHT: Tahun ini, saya cuma mampu menjamah bubur dan merasai 'manis' ubat kerana dirusuh demam menjelang hari lahir. Terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu. Kata Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, "sesekali, ucapkanlah kalimah semangat untuk diri sendiri, sebelum menanti orang lain melafazkan." Justeru, SELAMAT HARI LAHIR HAFIZI-30 April (tak malu=)

1 Komentar:

Tanpa Nama berkata...

o0o0o ni sebenarnya nak promote besday dia la ni eh .. he3

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails