Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Siapa Guru Pada Kita?

Rabu, 19 Mei 2010

Sebetulnya, entri ini agak lama saya hurung dalam dada sebelum yakin untuk dilepaskan buat tatapan pembaca.

"Guru Pembina Negara Bangsa." Demikianlah tema hari guru bagi tahun 2010 ini. Sesungguhnya, sudah lebih 48 jam hari bersejarah 16 Mei meninggalkan kita. Namun, kesannya masih hangat terasa dalam jiwa rakyat Malaysia. Melihat kepada tema yang berubah saban tahun, membuatkan saya menyedari betapa rakyat Malaysia masih meletakkan profesion perguruan sebagai suatu pekerjaan yang tidak ternilai harganya.
Relaitinya, guru, dengan segala rencah kehidupan dan masalah peribadi; masih mampu meluangkan masa mereka demi mendidik anak bangsa. Melihatkan hal ini, memang wajar penghargaan dan terima kasih dihujankan ke atas mereka. Syabas!
Tetapi, sedarkah anda berapa kalikah kita mengucapkan terima kasih dan syukur kepada guru yang mengajar kita? Berapa kerapkah kita mengungkapkan kemaafan kepada insan yang pernah mendidik kita? Adakah menanti hari guru barulah kalimah itu muncul dari bibir dan celah gigi kita? Atau mungkin tidak pernah langsung?
Di sinilah kita sering alpa dan menganggap hari guru yang istimewa sama dengan hari raya, hari buruh, hari kekasih, hari merdeka dan sebagainya. Sekiranya berlalu hari guru tersebut, siapakah guru pada pandangan mata kita? Sahabat pembaca, dengan rasa rendah diri (saya tidaklah setinggi mana) saya mengajak kalian membuka mata dan melihat takrifan guru dengan lebih terbuka dan lapang dada.
Maka, renunglah firman Allah,
"Maka bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui"
Kalam mulia yang termaktub dalam surah surah al-Anbiya, ayat ke tujuh tersebut sering kali menangkap halwa telinga namun hanya segelintir sahaja yang benar-benar mengambil pelajaran daripadanya.
Kita sorot lipatan sejarah, sewaktu Umat Islam memenangi peperangan Badar satu ketika dahulu, kira-kira 70 orang daripada kaum Yahudi Quraisy berjaya ditawan. Namun atas rasa kasih sayang dan petunjuk daripada Allah, Rasulullah telah menyarankan agar dilepaskan tahanan-tahanan tersebut tetapi dengan 2 syarat.
  1. Mereka mesti membayar sejumlah wang untuk menebus diri.
  2. Sekiranya tidak mampu, mereka mestilah mengajar anak-anak Madinah menulis dan membaca.
Jelaslah di sini, Rasulullah amat mementingkan ilmu dalam kehidupan manusia dan salah satu wasilah kepada jalan tersebut adalah dengan berguru. Biarpun Islam ataupun tidak, miskin atau kaya, perempuan atau lelaki, tua atau muda; Nabi Allah tidak pernah memandang semua itu, yang penting dia yakni guru mempunyai ilmu untuk diajarkan asalkan yang bermanfaat dan tidak lari daripada hukum Tuhan. Maka siapakah kita untuk memandang enteng dan memperkecilkan taraf guru??

Amat menyedihkan apabila masih ramai daripada rakyat Malaysia yang sudah berjaya tetapi menyimpan dendam dan membenci guru yang pernah mengajar mereka. Memang, guru bukan maksum yang tidak pernah bersalah dan berdosa. Namun apabila mengenangkan peranan mereka ini, (ibarat lentera menyuluh jalan) maka seharusnya kita tunduk dan sudi memohon maaf dan memaafkan. Bersyukurlah, kita masih mempunyai guru untuk mendidik jiwa kita.

Menurut Imam Syafie, guru adalah bapa kepada roh manusia. Padanya terdapat kemilau permata untuk diambil dan dimanfaatkan. Fikirkan, jika demikian anda juga boleh menjadi guru (asalkan tidak menyimpang daripada ajaran Islam) bukankah Nabi berpesan, sampaikanlah ilmu daripada Baginda walaupun sepotong ayat?

Betapa besar jasa guru. Guru adalah pelaburan yang tidak ternilai harganya. Guru yang ikhlas akan dapat melahirkan anak murid yang berguna untuk pembangunan bangsa, negara dan agama. Kepada semua guru, saya mohon sejuta kemaafaan. Menitis air mata darah sekalipun tidak mampu memutar kembali masa dan mengembalikan kesalahan yang pernah kita calarkan di dada mereka. Tegasnya, sekiranya guru sayang dan sudi memaafkan kita, ingatlah redha Allah sentiasa bersama kita. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.
MHT: Terima kasih tidak terhingga buat Ust Kamar Shah Bin Ismail yang telah berlelah mengajar saya untuk bermanja-manja dengan kitab suci al-Quran. Moga rahmat Allah sentiasa bersama beliau insya-Allah.

4 Komentar:

darthfi berkata...

syukran kepada ustaz juga dari saya gaddafi..harap2 ustaz baca..;)

Ahmad Nordinie berkata...

Macam nak tujukan kepada seseorang je entry ni
hihi



xlupa nk ucapkan syukran utk ustaz kamar shah :D

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kpd guru2 yang pernah mengajarku... :D

fida_sultana berkata...

RALAT
Hari buluh - hari buruh.
yakni - yakin.
Hehe, minta izin tolong betulkan..
Ustaz Kamar Shah jeke? Terasa hati guru-guru lain..=(

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails