Follow by Email

Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Bengang!!

Selasa, 23 November 2010

Perasan atau tidak, semenjak kemunculan filem Avatar yang meraih kutian tinggi hingga menjadi sangat popular beberapa waktu dahulu, kreativiti anak muda seperti mahasiswa mahasiswi jurusan seni grafik juga mula bercambah.

Impaknya, kelibat grafik ala-ala avatar mula menghiasi laman-laman web dan portal-portal di internet. Tidak pergi jauh, lihat sahaja paparan yang muncul di laman utama Yahoo saat mula-mula membuka internet; tidak kira samada melalui Internet Explorer, Mozilla Firefox ataupun Google Chrome.

Cantik memang cantik. Kreatif!

Tetapi yang merunsingkan dan menambah rasa bengang adalah subek yang digunakan. Rata-ratanya memapakan aksi porno dan menjelikkan. Bayangkan kita yang ingin mengakses maklumat ilmiah, al-Quran mahupun hadis, tiba-tiba terpapar grafik avatar yang berkelakuan tidak senonoh. Aduh!

Kartun yang dulunya '3D' sekarang dimajukan hingga entah berapa 'D' lagi. Bengang...

Bayangkan, kalau adik-adik kita tengok bagaimana? Kasihan mereka. Kecil-kecil lagi sudah tercemar. Kepada pereka grafik, tolonglah cipta ikon yang lebih bermotivasi untuk anak muda bukan menjatuhkan maruah anak bangsa! Blogger-blogger, ada tak cara nak tutup grafik tu? Tolong ajarkan...

MHT: Tidak beradab langsung! Bengangnya!!! :(

3 Komentar:

dari~ummie berkata...

yes..strongly agree

Hans asaktor berkata...

stuju sgt... skrg ni klau bukak website biasa pn kluar iklan brunsur lucah kt tepi atau atas...kita mmg kena kuat iman...

TWIN berkata...

erm... btl3... kdg nk cari maklumat ke msti kuar yang bukan2... ish3... : (

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails