Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Tips Memilih dan Membeli Buku Di Kedai.

Khamis, 14 Mac 2013


Membaca adalah tradisi manusia sejak era pembukuan di dunia wujud sekian lama dahulu. Budaya membaca telah menjadi seolah-olah seperti suatu kewajipan bagi manusia sehingga orang yang rajin membaca digelar 'ulat buku'.

Namun demikian, kepekaan terhadap bahan bacaan tekstual kini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh kemajuan teknologi perkomputeran dan lambakan bahan-bahan bacaan di laman web sosial termasuklah laman blog seperti yang anda baca sekarang! =)

Justeru, tradisi ilmu ini harus kita pertahankan. Budaya membaca bahan ilmiah berbentuk buku mesti terus diamalkan oleh generasi era milenium ini.

Tetapi, apa yang selalu berlegar di minda anak muda adalah, bagaimana ingin memilih bacaan bacaan yang sesuai?

Di sini, diperturunkan tips yang sesuai untuk anda. Cubalah!

1. Bayangkan dahulu, tajuk atau jenis buku yang anda ingin baca dan beli.

2. Mulakan langkah ke kedai buku dengan niat mencari ilmu kerana Allah. Pasti Allah akan membantu kita memilih bacaan yang sesuai apabila tiba di kedai buku.

3. Masuk ke kedai buku dengan menyebut basmalah
 (بسم الله الرحمن الرحيم)

4. Pilih rak buku mengikut kelasnya. Biasanya ada nama-nama kategori yang dipamerkan seperti 'BUKU AGAMA', BUKU POLITIK, BUKU MOTIVASI, BUKU KANAK-KANAK, NOVEL REMAJA dan sebagainya.

5. Setelah memilih kategori yang dikehendaki dan dirasakan sesuai, baca satu persatu tajuk buku yang tersedia di rak secara rawak tanpa menyentuhnya. Perhatikan juga nama penulis buku-buku tersebut.

6. Angkat buku yang dirasakan menarik pada pandangan mata anda. Ada yang tertarik kerana warnanya. Ada juga yang tertarik kerana ilustrasinya. Mungkin juga kerana nama penulisnya. Terserah.

7. Belek buku yang berada di tangan anda dan perhatikan muka hadapan dan belakangnya. Kebiasaannya, terdapat sedikit huraian ringkas di belakang kulit buku dan ia sangat membantu anda memahami isi buku tersebut secara ringkas.

8. Sekarang, buka bab halaman atau isi kandungan. Baca sekali lalu tajuk-tajuk atau bab-bab yang terkandung dalam halaman tersebut.

9. Sekiranya kandungan buku tersebut menarik perhatian anda dan keinginan untuk membeli sudah terdetik dalam hati, lihat harga buku di kulit belakangnya. Seluk poket dan lihat wang dalam beg duit anda!

10. Jika mencukupi, terus pegang buku tersebut dan cari lagi dua atau tiga buku untuk dibeli dengan mengulang langkah yang sama. Jangan beli sekiranya tidak bertepatan dengan nilai kewangan anda! =)

11. Akhir sekali, bayar di kaunter. Nekadlah yang anda akan membaca dan mengambil manfaat daripada bahan bacaan tersebut.

12. Setelah tamat, kongsikan bahan ilmiah tersebut dengan keluarga dan sahabat handai. Cadangkan kepada mereka agar turut membeli buku tersebut. Semoga dengan perkongsian ilmu itu nanti akan menjadi sedekah jariah buat anda. Sebarkan ilmu samalah seperti bersedekah.

Selamat membaca. Apa lagi, jom ke kedai buku.

MHT: Jadilah ulat buku, jangan jadi ulat bulu!

0 Komentar:

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails