Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini.
"Membeli sambil menderma". Peniaga adalah terdiri daripada para guru dan kakitangan sekolah.
Pembelian di gerai - gerai bawah kelolaan sekolah perlu menggunakan kupon yang dijual dengan harga RM5 dan RM10. Kupon-kupon ini boleh didapati di Kaunter Urusetia.
Pembelian di gerai yang bukan bawah kelolaan sekolah adalah dengan menggunakan wang tunai.
Terdapat pelbagai gerai makanan yang diadakan pada hari tersebut seperti Gerai Lauk-Pauk, Gerai Masakan Panas, Gerai Roti & Kek, Gerai Air, Gerai Ais krim, Gerai Ais Blanded, Gerai Jagung & Popcorn, Gerai Buah-buahan, Gerai Ayam, Gerai Burger dan banyak lagi.
Sumbangan tuan/puan dalam bentuk kewangan dan barangan amat dialu-alukan.
Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH SRI SEREMBAN yang semakin uzur dan sudah tidak dapat untuk menampung jumlah murid dan kakitangan sekolah yang semakin ramai.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Sri Seremban, layari laman http://www.srisbn.edu.my
MHT: Gerai saya ada menjual jagung cawan bersalut ais krim. Percuma sekeping penanda buku istimewa bagi setiap pembelian dua cawan jagung.
0 Komentar:
Catat Ulasan