Salam Aidiladha buat sidang pembaca.
Tahniah dan doa dipanjatkan buat saudara-saudara kita yang dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mekah tahun ini.
Bagi yang belum berkesempatan, teruskan berdoa. Semoga seruan Allah akan menyinari hidup anda suatu hari nanti.
Sekadar berkongsi sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imam Muslim dan Saidatina Aishah r.a,
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya, ”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih
banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari
ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para
Malaikat.”
KORBAN
Marilah kita bersama-sama mengambil semangat korban Nabi Ibrahim.
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud,
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu?"
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu?"
Dia menjawab, "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya-Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Dikhabarkan, ketika itu Iblis menghasut Nabi Ibrahim demi untuk menggagalkan rancangan dan arahan Allah tersebut. Namun Nabi yang mulia menyatakan keikhlasannya menurut perintah Allah.
Setelah gagal, Iblis membisikkan kekeliruan kepada isterinya, Siti Hajar. Sekali lagi, Siti Hajar menyaksikan kekuatan imannya dan sokongannya terhadap perbuatan suaminya yang patuh pada perintah Tuhannya.
Iblis tidak berputus asa. Lalu, musuh Allah ini terus menakutkan Nabi Ismail agar tidak bekerjasama dengan ayahnya. Tetapi, Nabi Ismail tetap menegaskan pendiriannya untuk menurut perintah Allah.
Tatkala Iblis ingin meneruskan rancangan jahatnya, Nabi Ismail telah melempar batu dan tanah kepada mereka.
Maka, di sinilah bermulanya sejarah melontar jamrah bagi yang para jemaah haji di Mekah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.
TAKBIR
Peristiwa korban yang asalnya adalah Nabi Ismail, kemudian ditukar oleh Allah kepada seekor kibas, telah disaksikan oleh sekalian makhluk Allah di langit.
Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."
Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan, "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."
Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan, "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan, "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."
Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan, "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
Dan itulah bacaan takbir yang kita amalkan sehingga ke hari ini.
MHT: Pengorbanan menuntut kesabaran. Kesabaran mengorbankan keegoaan.
0 Komentar:
Catat Ulasan