Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

TIPS MENDAKI BUKIT BROGA

Sabtu, 22 September 2012

"Pinjam gambar sekejap, Datuk."
Di mana Bukit Broga? Salah sebuah bukit yang pernah menjadi latar gambar pra perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Harlina. Lets google it! [klik]

1. Cuti Hari Malaysia yang lalu, saya penuhi dengan aktiviti yang sihat. Bukan seperti sesetengah anak muda yang berpeleseran sesuka hati. Demi mengambil semangat patriotik (bukan politik!), saya cabar diri mendaki Bukit Broga.
 
TIPS! Rancang perjalanan. Perhatikan cuaca. Jangan pergi selepas waktu hujan. Jangan lupa solat Subuh awal waktu. Lakukan zikir, wirid atau hizib. Berdoa agar ekspedisi tidak mendatangkan musibah. Bertawakkallah kepada Allah.
2. Pagi sebelum bertolak saya hanya mengambil sedikit sarapan. Cukup sekadar roti dan susu Anlene kerana baik untuk tulang dan tenaga.

TIPS! Ingat, sedikit sarapan dan bukan makan tengah hari!

3. Cuaca sangat baik. Bersama tiga lagi kenalan, saya memulakan perjalanan riadhah ini dari Seremban pada jam 7.30  pagi.

TIPS! Jika ingin melihat matahari terbit dari puncak bukit, anda perlu mendaki seawal jam 6.30 pagi. Pakai baju (t-shirt) yang nipis tetapi menyerap peluh. Bawa bersama sehelai tuala Good Morning dan sebuah beg galas kecil untuk mengisi air mineral atau 100 Plus.

4. Tidak sampai setengah jam, kami tiba ke kaki Bukit Broga.

TIPS! pandu kereta dengan berhati-hati kerana anda akan menempuh jalan kampung yang sunyi. Jalannya bengkang - bengkok seperti jalan Bukit Putus yang lama atau jalan Cameron Highland. Pastikan kereta diservis dengan sempurna.

5. Kelihatan banyak kenderaan sudah memenuhi lot parkir (kawasan ladang kelapa sawit). Lalu kami mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di luar kawasan iaitu di bahu jalan.

TIPS! Jika berkehendakkan tempat yang redup, bolehlah meletakkan kenderaan di kawasan parkir tersebut dengan bayaran RM2 (dalam ladang sawit pun kena bayar!)

6. Kami memulakan pendakian kira-kira jam 8.00 pagi (dengan semangat perwira). Saya dengan yakinnya memakai baju sweater kerana merasa sejuk di pagi hari.

TIPS! Jangan berangan hendak memakai sweater tebal kerana anda akan 'terbakar' ketika mendaki nanti! Sebaik-baiknya lakukan sedikit regangan otot atau senaman ringan sebelum mendaki untuk mengelakkan kekejangan otot.

7. Ketika mula mendaki, kami bertembung dengan berduyun-duyun pendaki yang sedang turun. Dari anak kecil hinggalah warga emas. Bibir mereka murah dengan senyuman. Wajah mereka cukup tenang dan bercahaya.

TIPS! Jangan tertipu!

8. Kami memulakan langkah dengan BISMILLAH dengan niat ibadah kerana Allah. Menurut kawan yang berpengalaman, Broga tidak terlalu curam seperti Gunung Datuk (tidak terlalu...)

TIPS! Pakai kasut yang selesa dengan kaki anda. Jangan menggunakan kasut yang berat dan sudah haus tapaknya.

9. Memang ramai yang berada di sepanjang trek, Mungkin kerana musim cuti. Jadi kami tidak merasa sunyi.

TIPS! Ketika mendaki, Jangan leka dengan telefon bimbit, i-pad dan seumpama denganya. Jangan sumbat telinga dengan earphone kerana dikhuatiri anda tidak mendengar panggilan rakan atau hilang imbangan badan di tempat tinggi (sains dan biologi =)

10. Kami berhenti di beberapa kawasan landai. Kami mengambil peluang untuk berehat sebentar sambil minum air 100 Plus. Kami meyaksikan pemandangan yang sangat menarik dan berbeza di setiap hentian tersebut. Udaranya sangat segar. Dari kejauhan, kami dapat menyaksikan barisan pendaki sedang menuju ke puncak ibarat semut yang sedang pulang ke sarang.

TIPS! Jangan berhenti berehat terlalu lama kerana dikhuatiri akan cepat letih dan 'malas' untuk meneruskan pendakian. Jangan terlalu teruja untuk mengambil gambar pada hentian pertama!

11. Pendakian Broga tidak memerlukan kami masuk ke kawasan hutan yang tebal. Kami cuma menempuh kawasan hutan di kaki bukit. Apabila tiba di satu tahap, trek laluan lebih terbuka dan hanya bertemankan lalang yang meninggi di kiri dan kanan.

TIPS! Jika kawasan licin, berpaut pada akar pokok dan ikut tanah yang bertangga (terbentuk hasil pendakian beribu-ribu umat manusia yang telah mendaki)

12. Sebelum sampai ke puncak, kami perlu melalui kasawan batu yang curam. Untungnya, seutas tali sudah tersedia di situ.

TIPS! Seorang perlu naik dahulu ke atas dan menarik yang lain dengan tangan. Inilah pentingnya membawa kawan atau pergi dalam kumpulan.

13. Kira-kira empat puluh minit pendakian, kami tiba di puncak Broga. Menurut kawan yang berpengalaman, pendakian tersebut sebenarnya cuma memakan masa selama dua puluh minit jika tidak banyak berhenti. Kawasan puncaknya tidaklah terlalu luas dan dipenuhi dengan batu-batu besar. Kami perlu memanjat batu-batu tersebut untuk melihat suasana sekeliling. Sungguh sayup dan menakjubkan.

TIPS! Ucapkanlah  ALHAMDULILLAH tanda syukur dan SUBHANALLAH sebagai pujian terhadap keindahan ciptaan Allah.

14. Masa untuk mengeratkan silaturrahim! Kami melabuhkan punggung, meneguk air dan bersembang sepertimana yang dilakukan oleh pendaki-pendaki yang telah tiba lebih awal. Kelihatan beberapa buah Jalur Gemilang sudah terpacak di situ. Terdapat pula sebuah papan tanda bertulis "Puncak Broga 400M" (tingginya..? =) Sebelum turun, kami bergambar beramai-ramai di puncak tersebut (Maaf, gambar privasi =)

TIPS! teruskan bacaan kerana kami belum turun lagi...

15. Setelah hilang penat, kami memulakan perjalanan turun. Laluannya tampak lebih mudah. dalam perjalanan, kami bertembung dengan beberapa individu yang muntah dan kelihatan lemah tidak berdaya. Mereka adalah golongan muda. kami juga bertembung dengan beberapa individu yang pernah naik dan turun sebanyak lebih lima kali berturut-turut! Yang menakjubkan, mereka bukanlah golongan muda remaja tetapi warga emas yang bersemangat waja. Oleh itu, kami jadi 'malu' untuk letih dan meneruskan perjalanan.

TIPS! pasang niat untuk datang semula.

16. Terdapat dua trek untuk turun dan kami memilih jalan yang berlainan kerana perasaannya lebih berbeza.

TIPS! Pastikan jarak perjalanan anda dengan rakan tidak terlalu jauh kerana perjalanan turun lebih mudah dan pantas. Hati-hati kerana anda akan mudah jatuh. jangan terus berlari ke bawah tetapi berjalan ke arah kiri dan kanan (zig-zag)

17. Setelah tiba di kaki bukit semula, kami merasakan lebih sihat. penat kami tidak menyakitkan. kami tidak mengalami sakit lutut atau otot. Inilah hadiah Allah agaknya apabila kita berniat ibadah.

TIPS! Terdapat sebuah taman arnab bertentangan dengan lot parkir (ladang kelapa sawit RM2!) Anda boleh bermain-main dengan arnab dan menunggang kuda di kawasan tersebut dengan bayaran yang tertentu.

MHT: Apabila turun di kaki bukit nanti, jangan lupa 'senyum' pada pendaki yang baru hendak naik! Selamat mendaki =)

51 Komentar:

Unknown berkata...

baru je naik broga pagi tadi..serius best sgt2..hehe
jemput la singgah my blog :)

yoyo _gaban berkata...

Terima kasih atas tips yg sgt bguna ini :) kbetulan tgh google tntng bukit brog tjmp blog saudara..mohon share link blog ini d facebook sy utk panduan kwn2 dn kmpln kmi yg akan hiking d broga pd hujung bln nov ini :)....

Cherry Blossom berkata...

tips awk kelakar tp betul! ayat yang selalu dengar bila panjat bukit/gunung-"Tak jauh dah....sikit je lagi" =)

Unknown berkata...

terima kasih dengan tips2....
mohon copy tuk blog kami... tq...
<>>

KC berkata...

trima kasih..tips yg sgt berguna
esok pagi bakal menjejaki broga hill
buat pertama kalinya.. :)

afayufu berkata...

terima kasih di atas tips itu..

Cloak and Dagger berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hafizi Tajuddin berkata...

Seronok kan panjat Broga... Jangan risau. Free of charge!

zarifahmr berkata...

good one ! yakin boleh naik sampai puncak. aminn.

wida berkata...

Tq share....pernah naik, dan akan naik lagi......yg penting, ikut kemampuan!

Unknown berkata...

One of the best hiking experiences ever. Kurg mencabar tp seronok bila pergi dgn family. Aktiviti riadah yang sangat menyeronokkan

Unknown berkata...

Baru nak pergi next month.. Thankk youu for the tips!

Tanpa Nama berkata...

kalau pergi berdua je dgn kawan agak2 okay x ?

Hafizi Tajuddin berkata...

Berdua boleh insya-Allah. (Asalkan muhrim :) Broga ada trek sebab ramai dah lalu di situ. Tetapi, ramai lebih baik.

mrsbad berkata...

nice tips. Tenkiu2. Da lama teringin nak g :)

Hafizi Tajuddin berkata...

Selamat mendaki :)

Unknown berkata...

Kalo kami pergi bertiga semua prpuan bhye x ye? Xde kwn laki la

Unknown berkata...

Kalo kami pergi bertiga semua prpuan bhye x ye? Xde kwn laki la

Tanpa Nama berkata...

fiza dont worry kitorang ada this saturday nak pgi jomm

Tanpa Nama berkata...

Kanak kanak umur 8 tahun sesuai tak nak panjat broga nie

Tanpa Nama berkata...

Anak kpd sahabat saya bersama rakan rakan nyahilang ketika beriadah dibukit borga semlm..misi pencarian masih dilakukan

Tanpa Nama berkata...

mohon copy tuan,sbb kumpulan kami akan mendaki pada hujung minggu nie

Tanpa Nama berkata...

First time nak hike gunung ,bukit ,or whatever but broga hills and im freaking excited hehe and thanks for the tips-tips-tips !

MamaNur berkata...

Thank u for the tips.. nak hike hujung minggu ni.InsyaAllah :)

Unknown berkata...

Thanks for the tips. In Sya Allah. Esok pagi akan mendaki.

Tanpa Nama berkata...

thank 4 your info...now otw ke bukit brog.....

Hafizi Tajuddin berkata...

Alhamdulillah. Selamat beriadah dan merasai pengalaman baru. Ambil gambar banyak-banyak buat kenangan.

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. cara penulisan yg sempoi diselang selikan dgn penerapan islam... islam itu indah.

eypoh hikers berkata...

Salam hikers ....mohon share.. tq...

Hafizi Tajuddin berkata...

Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

Hafizi Tajuddin berkata...

Silakan. Moga bermanfaat.

Unknown berkata...

Nak mendaki broga esok semoga dipermudahkan segala nya.. Insya allah.. :)

Fath berkata...

Assalamualaikum. Nk tnye untk yg nmbr 12 tu. Wktu naik kwasan batu yg curam tu, tali tu brsaiz sderhana n kukuh ke? Klu org brbdn bsar brat dlm 100 kg ke ats bley naik? Sy dlm 80-90 kg bley naik?
#newbie

Fath berkata...

Assalamualaikum. Nk tnye untk yg nmbr 12 tu. Wktu naik kwasan batu yg curam tu, tali tu brsaiz sderhana n kukuh ke? Klu org brbdn bsar brat dlm 100 kg ke ats bley naik? Sy dlm 80-90 kg bley naik?
#newbie

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Ada tak surau/tempat solat di kaki bukit? Saya bercadang nak naik bukit selepas sembahyang subuh.
Terimakasih

Hafizi Tajuddin berkata...

Waalaikumussalam. Seingat saya tiada surau di kaki bukit. Islam kan mudah. bawa tikar atau sejadah sendiri, selesai. =)

Saniah berkata...

saya tak pernah naik bukit broga,, teringin juga ke sana,, insha Allah,,

Tanpa Nama berkata...

Bas panjang boleh masuk ke area tu? Tk

Iz any berkata...

Stesen minyak terdekat berapa km dr car park ke sana? Kene bersedia sebelum naik ke sana..

Iz any berkata...

Stesen minyak terdekat berapa km dr car park ke sana? Kene bersedia sebelum naik ke sana..

Unknown berkata...

Esok baru nk pegi bukit broga....1st time.baru nk start hiking.best baca tips dkt blog ni

efie muhamad berkata...

Baru lepas panjat bukit kluang pagi tadi 😀

Hafizi Tajuddin berkata...

Alhamdulillah. Terima kasih. Moga bermanfaat :)

Hafizi Tajuddin berkata...

Awesome! Share la pengalaman.

Azlan berkata...

haha fizi rupanya, dah habis baca baru perasan penulisnya, tq atas tulisan yg bermanfaat @

aliffKL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Salam..ada tk sahabat yg nk p mendaki minggu ni .akk nk joint sahabat
Bole pm akk 0199972501
Tq sahabat yg share info

Unknown berkata...

assalam..tqvm info..
nk redah esk..kami dr Nilai..may b jam 5 kluaq..
hrp smpt tgk sunrise..
1st time p Broga..hrp2...xde halangan yg keterlaluan..

Jaja Zaleha berkata...

Terima kasih share tips.. teringin gak naik Broga ni hehe. insyaAllah ada rezeki boleh cuba ni :)

shark berkata...

Menarik! Harap Nov 2019 dapat merealisasikannya.. Tq for tips n info..

Nurul iPhone Enthusiast berkata...

wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails