Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Kapsul 1: SMS Ramadan

Jumaat, 20 Ogos 2010


PERTAMA:

Salam.

Nama saya Syaaban.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu 'Ramadan' akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu 'Rezeki' dan kedua-dua anaknya iaitu 'Sahur' dan 'Iftaar'.

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu 'Rahmat', 'Barakah' dan 'Keampunan'.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan 'Aidulfitri'. Syukran.

Kiriman: Pn. Rohani Bt Adam dan En. Tajuddin B. Hj. Shohod @ mak dan ayah=)

KEDUA:Tak terasa bila dia pergi.

Tapi sayu bila dia tak kembali...


Mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai.

Dia datang tanpa seruan.

Dia pergi tanpa alasan.

Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan.

Kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan.

Semoga Ramadan membawa sejuta hikmah dan barakah.

Selamat berpuasa di bulan mulia.

Kiriman: Pak Itam dan Mak Itam

MHT: Seronok kan bila ada yang ingat pada kita? Tambah seronok jika ada yang selalu 'mengingatkan' kita.

1 Komentar:

rdhanz berkata...

Agama itu nasihat. Maka, saling beri peringatan, kerana ia berguna kepada orang yang beriman.

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails