Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Sorak-sorai Piala Dunia 2010

Selasa, 15 Jun 2010


Anda mungkin salah seorang peminat World Cup 2010 bukan? Sesungguhnya dunia hari ini sedang riuh berceloteh tentang piala dunia. Bukan sahaja di warung kopi, sekolah, pejabat, kaki lima malah tandas awam turut menjadi gelanggang 'mesyuarat' bagi peminat sukan bertaraf dunia ini.

Saya yang berada di Mesir, turut merasa bahangnya apatah lagi setelah tanah tinggalan Nabi Musa dan Firaun ini tidak layak menjadi tuan rumah bagi piala dunia 2010. Afrika nampaknya kini sedang menjadi perhatian seluruh pelusuk dunia. Dengan lagu tema yang menarik, suasana piala dunia tahun ini tampak ceria dan bertenaga.

Rakyat Malaysia antara ribuan mata yang tidak pernah kalah dalam memanaskan semangat piala dunia. Pernah dahulu di tanah air Malaysia saya menyaksikan media kita beria-ria menjadikan perlawanan ini sebagai salah satu agenda dan siaran terpenting dalam jadual mereka. Sambutan hangat dan luar biasa yang diterima daripada rakyat Malaysia sangat mampu mengalahkan 'rating' berita, forum perdana apatah lagi rancangan agama. Hebatnya!


Betapa kuasa piala dunia mampu membangkitkan semangat satu dunia untuk bersatu, bersorak dan berhimpun bersama. Ramai yang sanggup bersengkang mata menanti siarannya. Orang kita turut bersorak bagai nak gila bila sebiji bola yang ditenung berjam-jam itu berjaya menujah gawang gol dengan derasnya. Satu fenomena yang lain macam auranya. Gegar!!

Tiba-tiba saya terfikir, sebulan lepas, satu dunia (tak ketinggalan orang-orang Malaysia) kecoh bersorak dan membuat perhimpunan demi melawan serta membantah serangan Israel ke atas misi bantuan Palestin (Baca kisah "Sampan Mak Mah" yang saya tulis sampai habis) Sekarang mereka riuh bersorak dek piala dunia.

Harap-harap ini bukan agenda untuk menutup keriuhan 'mangsa-mangsa teraniya' tersebut. Harap-harap rakyat Malaysia tak buta dan alpa tentang isu yang sedang dimainkan oleh 'pihak-pihak berkuasa' tersebut. Jangan kerana piala dunia, kisah Palestin tertutup hambar di mata kita!

Teruskan bersorak untuk keamanan Palestin! Diharap jangan ada yang tertinggal solat kerana terlalu khusyuk di depan skrin. Solat kan tiang agama. Saya cuma mengingatkan. Pesan-pesan kan suruhan Allah dalam al-Quran.

MHT: Adakah anak-anak Palestin merasa terkilan nak menyaksikan Piala Dunia tahun ini? Kalau ya, di mana mereka nak tonton agaknya?...

0 Komentar:

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails