"Antara jejambat yang menjadi penghubung kepada menara ilmu adalah membaca.
Justeru jadilah ulat buku jangan jadi ulat bulu!
Budayakan ilmu dan selamat membaca=)"
Justeru jadilah ulat buku jangan jadi ulat bulu!
Budayakan ilmu dan selamat membaca=)"
*********************
QURAN SAINTIFIK: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
Terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. (www.pts.com.my)
Melihat judul bagi buku ini pasti sudah jelas tergambar di minda, hala tuju dan matlamat buku ini ditulis. 'Quran Saintifik' ini terpecah lima bahagian dan setiap satunya memperlihatkan bagaimana Kalamullah yang muncul lebih 1400 tahun dahulu menjelaskan fenomena alam semesta dan asal kejadian manusia dengan penuh rinci setebal 310 halaman.
Biarpun banyak kitab yang berbentuk demikian di pasaran namun, kitab yang telah disemak oleh dua tokoh ilmuan berkaliber iaitu Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani B. Hj. Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) dan Dr. Mohd Asri B. Zainal Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis) ternyata telah menjalinkan ayat-ayat dalam al-quran dengan unsur-unsur sains moden. Sebuah gerak kerja yang begitu meyakinkan!
Penulisnya, Dr. Danial Zainal Abidin adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan juga Pengurus Klinik Syifa di Gelugor, Pulau Pinang. Beliau yang pernah mengikuti pengajian perubatan di Mesir dan menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia Iskandariah pada 1975 telah menghamilkan sekian banyak buku berkonsep perubatan islam, sains dan motivasi.
Menariknya, fakta-fakta penting berkaitan diet Nabi, Khasiat Tin, pengharaman arak, hikmah tahnik, penyembelihan, yoga, susu ibu malah budaya khatan dan seks berjaya dikupas dengan tuntas! Menyelami tulisan-tulisan dalam buku ini mampu mendekatkan kita dengan kebenaran dan kesyumulan kitab suci al-Quran yang tiada tolok bandingnya. Pastinya, usai karya ini dikhadam, akidah kepada Allah akan lebih menghunjam. Budayakan ilmu dan selamat membaca.




2 Komentar:
mcm ana kenal buku ni..hihihi
Salam..Izinkan saya komen sikit ye. Ada beberapa kesalahan dari segi ejaan dalam artikel ini. Boleh semak balik sebab jika artikel ini dibaca oleh pakar bahasa, bacaan mereka akan terbantut sedikit oleh kesalahan itu kerana mereka jauhari yang mengenal manikam.
Catat Ulasan