Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Kereta Lupus Lebih 12 Tahun

Sabtu, 23 November 2013


Cadangan Kerajaan Malaysia untuk melupuskan Kereta yang telah berusia lebih 12 tahun bukanlah suatu idea yang bijak.

Hal ini kerana ramai di kalangan rakyat Malaysia yang belum mencapai taraf hidup yang selesa dan berada. Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, sudah pasti mereka akan menghadapi masalah untuk membeli kereta yang baharu.

Selain itu, rakyat Malaysia akan terus dibelenggu dengan hutang kerana belum selesai membayar ansuran bulanan, mereka terpaksa menambah lagi hutang untuk pembelian kereta yang baharu.

Tambahan, isu bantuan subsidi untuk rakyat juga telah menjadikan cadangan ini kurang bernas untuk dilaksanakan.

Alasan bahawa kereta lebih 12 tahun akan mengganggu keselamatan pengguna jalan raya lain adalah tidak releven. Realitinya, kereta yang baharu setahun digunakan, jika tidak dikawal dan dipandu dengan berhemah pun boleh menjadi punca kecelakaan jalan raya. Dalam hal ini, isu sikap yang harus dipersalahkan, bukannya mahkluk yang bernama kereta.

Tuntasnya, jangan kerana ingin mengikut budaya negara jiran, kita menidakkan dan memandang sebelah mata pada kemampuan rakyat sendiri. Sesungguhnya, cadangan ini lebih mendatangkan kesan negatif berbanding positif.
 
Justeru, cadangan melupuskan kereta yang berusia lebih 12 tahun tidak harus diterima dan mesti dibantah. Wallau a'lam.

MHT: Baru setahun bayar ansuran. Ada 8 tahun lagi.

0 Komentar:

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails