Saban
hari, laporan tragedi penyeksaan warga Palestin singgah ke Bumi Malaysia.
Amat
sedih menyaksikan umat Islam di Gaza dikasari saban hari.
Namun,
kekecewaan ini tetap tidak memungkinkan masyarakat kita untuk melawan.
Justeru,
senjata apa lagi yang yang kita ada?
Kudrat
mana lagi yang masih tersisa?
Demi
saudara seagama yang mengaku Allah sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad sebagai
Rasulnya; ayuh kita bersama-sama menggunakan senjata yang paling ampuh
tinggalan baginda Nabi s.aw.
DOA
QUNUT NAZILAH
1.
Dibaca ketika kaum Muslimin ditimpa bencana, ancaman, penganiyaan atau penindasan
daripada musuh-musuh Islam.
2.
Imam Bukhari dan Muslim menyatakan dalam sebuah hadis, Anas Bin Malik r.a pernah
melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan Qunut Nazilah selama 30 hari [Solat
Subuh] secara berturut-turut, sebagai doa ke atas para pembunuh yang membunuh
70 orang para sahabat dalam peristiwa Bi’ru al-Maunah.
3.
Mazhab Hanafi: Boleh dibaca pada solat fardhu jahriyah iaitu Subuh, Maghrib dan
Isya’.
4.
Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki: Boleh dibaca pada setiap kali solat fardhu.
5.
Menurut sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Ahmad, Anas Bin Malik pernah
melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w membaca qunut ini selepas bangkit dari
ruku’ terakhir dalam solat.
MAKNA
Ya
Allah, ampunilah dosa kaum Muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya
Allah, jinakkan sert satukan hati kaum muslimin. Perbaikilah keadaan mereka. Bantulah
kaum Muslimin untuk melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka.
Ya
Allah, laknatlah orang-orang kafir yang [zalim] mendustakan para Rasul-Mu dan
membunuh para kekasih-Mu.
Ya
Allah, cerai-beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka dan
turunkanlah bencana-Mu yang tidak tertangguh lagi untuk orang-orang yang penuh
dosa.
Dengan
menyebut nama-Mu ya Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon pertolongan hanya kepada-Mu.
Wahai
Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami,
maka kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka.
Ya
Allah, hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh agama Islam. Ya, Allah,
pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka. Gegarkanlah
pendirian mereka. Ya Allah, belenggukanlah mereka dengan tentera-tentera-Mu ya
Allah; ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan yang mana pemurah lagi maha
penyayang.
Ya
Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera
Ahzab, hancurkanlah mereka [3x] dan menangkanlah kami ke atas mereka.
Ya
Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah
kami daripada azab api neraka.
MHT: Yang dibaca dalam solat adalah lafaznya [Bahasa Arab]. Boleh didapati dalam buku atau internet. Berusahalah untuk menghafaznya, insya-Allah.
0 Komentar:
Catat Ulasan