Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Kanan @ Kiri

Ahad, 8 April 2012

Sejak kecil kita disuruh oleh ibu, ayah, datuk dan nenek untuk melakukan perkara yang baik dengan tangan kanan. 

Contohnya, bersalaman, memberi dan mengambil barang, makan minum dan sebagainya.

Kita juga diajar tangan kiri adalah tangan untuk cebuk (istinja'/membasuh kemaluan)

Namun, apabila meningkat dewasa, nasihat dan ajaran tersebut mula dilupakan.

Maka, saya ingin mengingatkan sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanan. Maka sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.

Hadis riwayat (direkodkan oleh) Muslim.

Oleh yang demikian, janganlah kita bimbang untuk mengotorkan cawan yang diminum dengan tangan kanan, kerana kebersihan hati itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan.

MHT: Kalau tidak silap, cebuk juga bermaksud gayung untuk menceduk air =)

2 Komentar:

Tanpa Nama berkata...

Insya Alloh... Selama tangan kanan ini masih berfungsi dan masih mau menerima perintah dari otak dan hati ini, maka Tangan kanan akan melakukan tugas yang semestinya. dan begitupun tangan kiri, tidak akan merebut tugas tangan kanan..

Syukron atas nasihatnya, Semoga Barokah..

<'@II< maH-Taj ^_^ !!

Tanpa Nama berkata...

kebiasaan membezakan perbuatan menggunakan anggota kanan atau kiri akan merangsang otak kanan atau kiri sekaligus menjadikan pengamalnya berfikiran cerdas..
itu antara hikmahnya...subhanallah..
صدق رسول الله ...
p/s beramal bukan kerana hikmah, tapi kerana cinta Allah dan rasul.

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails