Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Sabtu, 9 Julai 2011

Al-Baqarah ayat 195 menyebutkan:
“Dan belanjakanlah (Apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Sekadar renungan.

Hari ini dalam sejarah. Perancangan untuk mengadakan perhimpunan tergempar benar-benar menjadi realiti. Seawal pagi, Kuala Lumpur seolah-olah bercuti. Langit mendung dengan jalan raya melohong.


Kenapa sokong Bersih? Maksud saya, perhimpunan Bersih? Persoalan itu beberapa kali merantai akal kala mencerap mentaliti anak Malaysia hari ini ketika berhadapan dengan rencah politik tanah air.
Jika anda berniat ataupun sudahpun menyertainya sila fikir dan jawab dahulu soalan-soalan berikut:


  1. Adakah anda yang menyertai perhimpunan itu sudah solat Subuh (awal waktu) pagi ini? Tuntutan yang lebih utama untuk difikirkan.
  2. Adakah anak muda yang keluar menyertai perhimpunan itu sudah bersalaman atau memaklumkan kepada mak dan ayah? Redha Allah di atas kerelaan ibu bapa. Peringatan, jika ditakdirkan mati senang untuk waris mencari dan datang menuntut!
  3. Adakah yang menyertai perhimpunan tersebut menyedari bahawa waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk bangun solat Dhuha? Tanda syukur kita diberi rezeki oleh Allah.
  4. Adakah yang menyertai perhimpunan itu keluar dengan menutup aurat dan mereka yakin sahabat-sahabat yang sekapal mereka benar-benar akan keluar menutup aurat?
  5. Adakah yang menyertai perhimpunan itu yakin mereka tidak akan meninggalkan solat lima waktu pada hari tersebut dan mereka percaya rakan-rakan sekepala mereka juga berfikir demikian?
  6. Adakah mereka yang bertakbir dan mengungkapkan kalimah suci nama Allah di perhimpunan itu yakin mereka bukanlah orang yang bersikap dengki dan suka mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan-ruangan FB (Facebook) atau laman sesawang yang lain?
  7. Adakah mereka yang keluar berbondong-bondong itu adalah orang yang sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau di kawasan rumah anda?
  8. Adakah orang yang bersemangat itu adalah orang yang sama bersemangat untuk keluar solat dan mendengar khutbah Jumaat?
  9. Adakah mereka yang bersemangat itu juga adalah orang yang sama bersemangat dan bersatu dalam kempen-kempen Sayangi Palestin dan anti Israel?
  10. Adakah mereka yakin perhimpunan itu akan sentiasa aman dan tidak akan menyusahkan orang lain? (Termasuk menjaga kebersihan dan harta benda awam?)
  11. Adakah mereka yang terlibat yakin akan menjaga tatasusila dan ikhtilat yakni batas pergaulan lelaki dan perempuan?
  12. Adakah mereka sedar bahawa sekarang kita berada di bulan SYAABAN, yang sepatutnya menjadi ‘bulan kempen’ untuk kita memperbanyakkan amal ibadah sebelum bertemu madrasah RAMADAN?
  13. Adakah mereka sedar bahawa yang banyak membuat kecoh adalah orang MELAYU sedangkan bangsa lain sekadar menangguk di air yang keruh?!
  14. Adakah mereka sedar bahawa Malaysia sedang menjadi tumpuan pengkritik dunia?
  15. Adakah yang menyertai itu benar-benar mengikut atau sekadar ikut-ikut?
  16. Adakah para ustaz, ustazah dan pendidik yang menyertai itu sedar yang mereka tidak hipokrit kepada anak murid dalam mengajar serta menyemai nilai etika dalam hidup bermasyarakat?
  17. Adakah mereka ini sayangkan diri, bangsa dan agama mereka?
Dan apa yang lebih penting, apakah perlakuan itu menunjukkan bahawa mereka benar-benarkan sayangkan PENCIPTA mereka??!
Bacalah firman Allah dalam perenggan pertama di atas dan galilah sedalam mungkin saranan Allah dalam ayat tersebut. Hanya yang mempunyai akal akan tahu bahawa mereka sedang memiliki hati yang satu. IMAN!
MHT: Innallaha ma’assobiriin…

2 Komentar:

Tinta Al-Murabbi berkata...

Ini yang mereka sanggup lakukan utk agama, bangsa dan negara mereka --> http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI

Sedikit provokasi utk sifu (^_^) hihi~

Tinta Al-Murabbi berkata...

Oh yaa...bg mengelakkan Bersih Rally 3.0 pula, ini cdangan yang paling sarkastik pernah saya jumpa (^_^) --->

http://saifulislam.com/?p=10158

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails