Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Indahnya Tanah Seberang

Selasa, 7 Jun 2011

Berpeluang menjejaki tanah subur Bandung, Bogor dan Jakarta; menjadikan negara Indonesia sebagai negara kedua yang saya kunjungi selepas Mesir. Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pemandangan. Moga perjalanan ini mencambahkan lagi pengetahuan dan ruang lingkup pengalaman selepas ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, detik-detik manis sepanjang berada di sana.

Penerbangan Malaysia Airlines sememangnya menyajikan layanan terbaik untuk para penumpang (Wah, ini bukan iklan ya!=)


Makanan di Bandung rasanya agak manis.
Mungkin agak sesuai bagi pengunjung dari pantai timur Malaysia.

Berbeza dengan makanan orang Padang yang rasanya lebih rasi dengan lidah Negeri Sembilan. Ciri-ciri Minangkabau jelas diasimilasikan dalam senibina bangunannya.

Berkesempatan melawat Muzium bersejarah yang dahulunya merupakan dewan Persidangan Konfrentasi Asia-Afrika. Dibina sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Lamanya!

Berdiri di hadapan gong perdamaian Asia-Afrika persis Pak Suharto.

Barisan bendera negara-negara yang telibat dalam persidangan. Bendera Malaysia tidak kelihatan kerana negara kita belum merdeka ketika itu.

Antara mesin taip yang pernah digunakan kala itu.
Sudah rongak sebanding usianya.

Antara papan tanda yang dijumpai.
Amaran: Jangan dibuat di Malaysia ya pak...

Gratis = Percuma

Tempat biasa dikunjungi orang Malaysia di Bandung ialah Pasarbaru (Ejaannya dirapatkan). Kaki shopping mesti pening kepala kerana harga memang boleh runding! Keadaanya tida ubah seperti Padang Besar di Perlis malah lebih besar lagi.

Batik sangat cantik dan terlalu banyak pilihan. Yang penting murah bangat!
Ini bukan terminal bas, tetapi Terminal Tas; salah satu outlet yang dibuka hingga malam. Bagi penggemar barangan kulit, inilah peluang untuk 'bercuti.'

Angkut-angkut, van yang berfungsi sebagai teksi. Jika di Mesir, teksi begini dipanggil tremco. Cuba teka saya mahu ke mana?

Pemandangan dari dalam angkut-angkut (Dipaksa duduk di kerusi hadapan sebab paling comel!)Perjalanan melalui laluan sempit dan curam seperti ke Cameron Highland di Malaysia. Kiri kanan hutan simpan yang menghijau.

Selepas lebih kurang 15-20 minit, sampailah ke puncak Tangkuban Parahu.
Cuaca dingin menyelubungi.

Selamat datang...

Inilah Tangkuban Parahu, kawasan pergunungan yang mengandungi kawah gunung berapi yang masih hidup. Kali terakhir meletup pada sekitar 80-an. Tangkuban Parahu bermaksud perahu bertangkup/terbalik (ada la kisahnya tetapi tidak ingat=)

Bergambar di tebing kawah. Nun jauh di bawah kelihatan kawah gunung berapi. Walaupun sudah lama meletus, asapnya masih kekal hingga sekarang. Subhanallah!

Dingin. Kawasan lereng bukit berkabus. Bau belerang dari kawah menusuk ke hidung.

Deretan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan di puncak gunung Tangkuban. Sangat cantik ibarat berada di zaman kegemilangan Melayu Melaka. (Ibarat...)

Selamat tinggal Tangkuban. Kelihatan cewek malu-malu difoto.
Jangan marah dong...

MHT: Memandangkan destinasi masih jauh, nanti kita sambung cerita di Bogor dan Jakarta pula. Tunggu ya...

4 Komentar:

Nothing Special berkata...

wah bermusafir ke seberang, kapan dong? bawa balik "teman" x?hehe

CAHAYA HATI berkata...

Subhanallah! Byknya tmpt menarik..ta'jub dengan kawah gunung berapi. Smbg cite lg nti k. Eh,ptg kt blkg tu mcm b'grak skit..hee

SuaraQalbii berkata...

seronoknye mengembara.... sambil menikmati alam ciptaan Allah.. subhanallah....

::alifdalmim:: berkata...

aduii..teringin sangat nk naik MAS..

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails