Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Murid Belasah Guru

Jumaat, 8 April 2011

Tidak sampai seminggu kes guru memukul murid di Malaysia (mungkin kes ini tidak ganjil di negara Barat), timbul pula kisah guru disiplin dibelasah murid.

Zaman ini zaman perang. Kalau memukul dan membelasah itu adalah durian bolehlah dikatakan sekarang adalah musim memukul dan membelasah. Sesungguhnya durian itu enak untuk dimakan tetapi dipukul dan dibelasah?

SOMBONG.
Dewasa ini, guru-guru tidak lagi menjadi sumber rujukan bagi murid-murid kerana merasakan ilmu dapat diperolehi dengan mudah dalam dunia internet yang kian berkembang pesat.

Bukan menyalahkan kecanggihan teknologi, tetapi natijahnya, murid-murid mula mendabik dada, berasa sombong dan bongkak. Malahan guru dijadikan bahan sendaan dan medan melepaskan geram.

Jika dahulu guru mempunyai hak, 'tauliah' atau lesen untuk merotan murid-murid yang nakal. Tetapi hari ini, tanpa usul periksa, guru dijadikan sasaran sekiranya sesuatu kes terjadi kepada murid.

Memang guru bukan maksum (tidak pernah membuat dosa). Namun, sikap murid-murid yang tidak menghormati dan mudah menyalahkan guru turut mengheret persepsi negatif ibubapa terhadap guru.

Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata, "kami diperintahkan supaya tawadhu' (merendah diri) kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru/ulama')."

ETIKA.
Profesion perguruan sering berubah grafnya. Kadang-kadang nilainya tinggi, kadang-kadang turun menjunam. Siapa yang harus dipersalahkan?

Bukan menuduh tetapi terdapat segelintir (diulangi: SEGELINTIR) daripada jutaan guru-guru di Malaysia yang mengambil sikap sambil lewa dalam mencerap gerak-geri murid di alam persekolan. Rata-rata menganggap bidang ini sebagai pilihan kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

Impaknya, pendidikan tidak lagi merangkumi aspek emosi, mentaliti, akhlak dan etika pergaulan sebaliknya hanya tertumpu kepada sukatan pelajaran, silibus dan buku teks. Waktu pengajaran dan pembelajaran (PNP) di sekolah hanya berkaitan teori dan peperiksaan tetapi tidak berjaya menyentuh lubuk nubari murid-murid.

Teknik dan ilmu harus diselarikan bak kata Saidina Ali, "Keilmuan yang tidak terancang akan dapat dikalahkan oleh kebodohan yang terancang."

Tuntasnya, guru-guru era milenium ini harus bekerja (berfikir 100 kali lebih kilometer ke hadapan) dalam menghadapi murid-murid zaman internet. Pendidikan bukan hanya tertumpu kepada hal baju apakah yang akan dipakai esok ke sekolah, muka surat berapakah yang bakal diajar esok di dalam kelas. Tetapi lebih daripada itu; AKAL siapakah yang akan dikembangkan esok dan HATI manakah yang akan disuburkan esok!!

MHT:
3 bulan bergelar pendidik menemukan satu nilai keinsafan yang sangat tinggi. Siapa kita dahulu sudah tidak penting!

2 Komentar:

CAHAYA HATI berkata...

Salam ustaz..saya berpendapat masa yang diperuntukkan untuk pengajaran sesuatu subjek perlu dibahagikan kepada dua. 70% untuk didikan subjek dan 30% untuk didikan rohani seperti memberi nasihat, renungan dan sebagainya. Mengikut kekreatifan guru. Jika ini dapat diwajibkan kepada semua guru, akal dan hati anak-anak didik dapat dibaja sedikit demi sedikit hingga menjadi subur, insya-Allah. Cuba kita bayangkan guru matematik atau sains misalnya, mengajar tentang nombor-nombor, kejadian alam sekitar lalu mengaitkannya dengan al-Quran, Islam dan kebesaran Tuhan. Diselitkan juga dengan nasihat berharga. Subhanallah! Apatah lagi jika subjek yang diajar subjek agama, sengatnya tentu lebih tajam untuk membuat akal dan hati terasa....

Unknown berkata...

makasih ya salam sukses peluang usaha sampingan untuk karyawan

Catat Ulasan

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails