GURU: Orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik.
PENJANA: Alat untuk menjanakan [kuasa].
TRANSFORMASI: Perubahan rupa, bentuk, sifat dan lain-lain.
PENDIDIKAN: Perihal atau perbuatan mendidik.
NEGARA: Negeri, wilayah, tanah air, tanah tumpah darah dan lain-lain.
RUMUSAN: Orang yang bertindak sebagai pengajar apa sahaja pelajaran [yang baik dan positif tentunya] samada dalam bentuk formal atau tidak formal umpama/ibarat sebuah alat yang berfungsi sebagai enjin perubahan kepada cara, bentuk, teknik serta impak sistem pendidikan yang telah sedia ada di negeri atau tanah air, tempat golongan tersebut dilahirkan.
Berhasilkah tema ini direalisasikan? Tunggu, lihat dan doa bersama-sama.
Rupa-rupanya, hari guru disambut oleh seluruh dunia. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya jasa dan martabat guru. Apa yang membezakan Malaysia dengan negara lain adalah tarikh sambutannya.
Malaysia : 16 Mei
Mesir : 28 Februari (mujur bukan 29...)
Indonesia : 25 November
Singapura : 1 September
Brunei : 23 September
Thailand : 16 Januari
Iran : 2 Mei
Amerika : Selasa minggu pertama bulan Mei
Hari guru sedunia : 5 Oktober
Ingin tahu lebih lanjut. Layari : http://en.wikipedia.org/wiki/Teacher's_Day
MHT: Doakan guru setiap hari.
4 Komentar:
16 januari ?? my birthday !! haha...
Salam..
Gaya menterjemah tema ini seakan-akan gaya menterjemah tajuk2 bahas yg sifu prnah ajarkn kpd aku suatu masa dahulu (^_^) Selamat Hari Guru!
Anak murid ibarat kain putih..ibu bapa dan gurulah bertanggungjawab mencoraknya menjadi kain batik berkualiti tinggi mendapat tempat di hati masyarakat berbilang bangsa, dalam dan luar negara.
28 februari...birthday aku tu..duk mesir xpenah tau pon..thaknz fizi atas makluman :))
Catat Ulasan