Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Sahabat - Lirik Lagu

Ahad, 5 Januari 2014

0 Komentar

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Ingin kuulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan, rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri

PUASA MUHARRAM

Khamis, 14 November 2013

0 Komentar
AGENDA          : Puasa sunnah

TARIKH           : 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram atau 10 Muharram sahaja

NOSTALGIA   : Tarikh yang sama Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada kekejaman Firaun di Laut Merah

GANJARAN    : Diampunkan dosa-dosa setahun yang lalu

SUMBER         : Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

MHT: Buat dan sampai-sampaikan

Filem Pendek: Interpretasi Generasi Muda

Ahad, 15 September 2013

0 Komentar

Dunia wayang atau dipanggil layar lebar sudah lama berakar umbi di Malaysia sejak sekian lama. Budaya ini walaupun mendapat pelbagai reaksi antara golongan agamawan namun tetap menjadi tradisi yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Dunia perfileman sebenarnya adalah salah satu medan penting untuk mencambahkan pemikiran bangsa. Lihatlah bagaimana Dunia Hollywood dan Bollywood menguasai pentas dunia hingga memberi kesan yang mendalam terhadap dunia 'Melayuwood' hari ini.

Jika dahulu, rakyat perlu beratur panjang di panggung wayang untuk menikmati sebuah filem. Namun kini, teknologi telah menjadikan dunia hanya di hujung jari. Impaknya, dunia maya mula menguasai dunia perfilemen zaman modenisasi.

Maka, terhasillah berjuta-juta paparan video di laman sesawang youtube. Fenomena luar biasa ini sudah menjadi satu budaya baru yang mampu memberikan kesan jangka masa yang panjang terhadap bola fikir generasi hari muda pada masa hadapan.

Melihat kepada perkembangan ini, penulis merasakan anak muda kita sangat kreatif dan punya idea dan bakat terpendam. Sekiranya didorong dengan betul, maka industri ini bakal memperkenalkan Malaysia sebagai penyumbang gagasan besar untuk dunia. (Mungkin terlalu berharap)

Tanpa kita sedari, hanya dengan mempopularkan filem pendek di youtube sudah menjadi iklan yang berkesan untuk menanam nilai murni apatah lagi nilai Islam dalam jiwa generasi hari ini.

Fikirkan, sekali penonton bersetuju dengan fahaman baik yang anda gagaskan dalam filem pendek tersebut, kemudian disusuli dengan pengamalan yang konsisten, maka natijahnya, pahala dan redha Allah berbalik semula kepada anda.

Oleh yang demikian, bikinlah filem pendek yang benar-benar menjana minda dan mengharmonikan akhlak. Jadikan medium baru ini sebagai lantai ibadah. Semoga lebih banyak mesej Islam dapat disalurkan melalui filem pendek seperti ini.- Insya Allah.

MHT: Ada idea tetapi tidak kamera. Modal pun belum ada :)

PUISI MERDEKA 2013

Sabtu, 31 Ogos 2013

0 Komentar


Merdeka kita berwarna-warni
Merdeka mereka suram dan sepi

Merdeka kita perarakan gilang-gemilang
Merdeka mereka kelam-kabut lintang pukang

Merdeka kita meriah dengan mercun
Merdeka mereka sarat bom dan gas beracun

Merdeka kita laungan kegembiraan
Merdeka mereka jeritan penuh ketakutan

Merdeka kita hanya kibaran jalur gemilang
Merdeka mereka jihad para pejuang

Setelah hari ini, merdeka kita akan berlalu pergi
Namun, sehingga hari ini, tiada istilah merdeka untuk mereka rasai

*Dedikasi khas untuk Umat Islam yang tertindas di Palestin, Mesir, Syria dan seluruh negara yang bergolak.

Jom Belajar Tafsir al-Masad!

Sabtu, 17 Ogos 2013

1 Komentar

PENGENALAN

Surah al-Masad bermaksud pintalan tali. Surah ini juga dikenali sebagai Surah al-Lahab.

Surah yang mempunyai 5 ayat ini menceritakan kisah Abu Lahab dan isterinya yang bernama Aura' (atau panggilannya Ummu Jamil).

FITNAH

Mereka telah menghasut Kaum Quraish di Kota Mekah agar menjauhi dan tidak mempercayai dakwah Rasulullah s.a.w.

Lalu, Allah melaknat mereka melalui surah ini kerana telah menjadi ejen fitnah terhadap perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w.

LAKNAT SAMPAI KIAMAT

Bentuk seksaan yang akan dikenakan kepada mereka telah disebut dengan jelas oleh Allah menerusi surah ini (Rujuk terjemahan ayat di atas)

Akibatnya, jelas nyata hingga ke hari ini. Realitinya, sesiapa yang membaca surah ini pasti akan menyebut laknat Allah terhadap mereka hingga hari kiamat! (Rujuk ayat pertama).

KESIMPULAN

Sesungguhnya, fitnah itu sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah. 

Renungkanlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud,

"Fitnah itu lebih dahsyat (dosa dan kesannya) daripada membunuh."

Jauhilah fitnah kerana fitnah jentera perpecahan ummah. Maka, hubungkanlah silaturrahim sesama insan agar hidup aman di dunia dan sejahtera di akhirat.

MHT: Jangan mudah percaya gosip.

JOM TONTON VIDEO MATLUTFI: Idealis dan Sinis

Ahad, 4 Ogos 2013

0 Komentar
MATLUTFI - Terbaik!
MATLUTFI - Nama yang semakin popular di kalangan pengguna internet di Malaysia.

Ikon muda berpendidikan luar negara ini berjaya melonjakkan namanya setelah memuat naik sekian banyak video ke dalam laman sesawang 'youtube'.

Bukan seorang dua yang melakukan hal yang sama namun mengapa figura ini yang mampu menawan hati rakyat Malaysia? Apakah fomula beliau? Jom kita selidik!

ISI KANDUNGAN

1. Ternyata, bahan-bahan yang digunakan dalam video padat dengan informasi dan ilmu yang mampu digunapakai oleh sesiapa sahaja.

2. Kupasan yang bernas mampu menganjakkan paradigma dan menjadikan rakyat Malaysia khususnya golongan remaja membuka mata dalam melihat sesuatu isu.

3. Sudah semestinya isu yang ditimbulkan sangat berkait rapat dengan isu semasa di Malaysia biarpun beliau tidak berada di tanah air.


4. Isu-isu yang diutarakan boleh dijadikan bahan tulisan buku dan akhbar serta dibawa ke dalam perbincangan pelajar-pelajar sekolah mahupun para mahasiswa seluruh Malaysia.

PEKA

1. Biarpun tidak berada di tanah air, namun ikon ini tetap mengambil peduli tentang hal-hal yang berlaku di Malaysia. Secara tidak langsung, perkara ini menyedarkan anak muda Malaysia supaya sentiasa peka dengan isu di sekeliling kita.

AGAMA DAN BUDAYA

1. Terdapat satu x-factor yang menarik perhatian pelawat youtube iaitu soal agama. Matlutfi yang kelihatan 'akan terus popular' tetapi tetap memilih jalan rasional dan kelihatan tidak tenggelam dalam dunia barunya. Ertinya soal agama Islam tetap dititikberatkan dalam setiap penyampaiannya.

2. Pengalaman berada di negara orang mungkin sedikit sebanyak menjadikan beliau lebih menghargai budaya tanah air sendiri. Buktinya, setiap contoh yang diberikan banyak menyentuh tentang unsur-unsur akhlak dan keharmonian.

KEKELUARGAAN

1. Sekiranya anda perasan, Matlutfi banyak menyelitkan watak ibu bapa dan anak-anak. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam membentuk masyarakat cemerlang.

PETAH

1. Kemahiran komunikasi dan kepetahan berbicara dengan Bahasa Melayu dan Inggeris (Termasuklah dialek utaranya) menjadikan para penonton tidak bosan. Ikon seperti ini pasti akan menarik lebih ramai anak muda sekiranya diberi peluang beraksi di hadapan kaca televisyen.

KEMAHIRAN VIDEO

1. Keberkesanan sesuatu video itu bukan sahaja bergantung kepada isinya tetapi termasuklah bagaimana cara isinya dipersembahkan kepada khalayak. Beliau ternyata sangat bijak dan mahir menggunakan teknologi rakaman ini.

2. Penggunaan muzik dan sudut pandangan kamera yang menarik mampu membuatkan kita 'terpesona' dengan keindahan 'makna isi' yang ingin disampaikan.

HUMOR YANG BIJAK

1. Dialog-dialog yang dilontarkan bukan sahaja mampu membuat kita tertawa dan tersenyum malahan mula memikirkan sesuatu isu itu dengan lebih dalam. 

2. Dialek utaranya dan watak-watak yang dilakonkan sangat menjadi. Tidak salah rasanya jika beliau diberi peluang melakonkan beberapa babak dalam drama atau filem dengan syarat filem atau drama itu membuatkan rakyat Malaysia lebih BIJAK!

3. Atau mungkin Matlutfi akan mengarahkan sebuah filem bijaknya sendiri? Siapa tahu... (Saya yakin, pasti box-office! =)

SINIS

1. Isu sentitif berjaya diolah dengan baik. "Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya". Betul kan? 

2. Terima kasih kepada Matlutfi yang membuatkan kita tersedar tentang banyak isu yang selama ini hanya dipandang sebelah mata.

KESIMPULAN 

Saya berharap agar pembikin filem di Malaysia mengambil formula Matlutfi ini sebagai salah satu daripada elemen pembuka minda rakyat Malaysia.

Media Barat sudah lama menggunakan filem dan muzik sebagai agenda idealistiknya kepada dunia. Bilakah penggiat filem kita mahu berada di zon selesa dan merasakan kerja berfikir hanya kerja 'ulat buku' dan 'orang agama'.

Kepada anak muda yang asyik memuat naik video-video hiburan sahaja, inilah masa untuk mengikut jejak langkah MATLUTFI.

Tahniah MATLUTFI! Andalah PERMATA BERHARGA untuk MALAYSIA.

MHT: Doakan kesejahteraan 'minda' beliau sentiasa berpanjangan, insya-Allah.

Tips Peperiksaan

Sabtu, 22 Jun 2013

0 Komentar

Ada banyak sebab untuk kita berjaya dalam peperiksaan. Ramai pelajar sudah cemerlang melalui kaedah ini. Antaranya:

1. Baca Buku
2. Tulis nota
3. Buat latihan
4. Ulangkaji
5. Belajar berkumpulan (Study group)

dan sebagainya.

Tetapi, ada banyak lagi sebab untuk kita gagal dan selalu kita terlepas pandang. Antaranya:

1. Malas solat
2. Kurang zikir
3. Melawan cakap mak ayah
4. Tidak hormat guru
5. Tidak menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga
6. Memutuskan persaudaraan dan silaturahim sesama muslim
7. Tidak menjaga hati sahabat handai

dan sebagainya

Oleh yang demkian, beringatlah sebelum masanya. Jangan sangka, kita berjaya semata-mata kerana usaha keras kita. Namun, yang lebih penting kejayaan itu hadiah daripada Allah.

Apabila susah belajar, berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah datangkan kesusahan bersama-sama kesenangan. Ketika itulah, Allah uji samada hambanya memohon dan berharap kepada-Nya ataupun tidak. (Surah al-Insyirah)

Kepada murid-murid, para pelajar, mahasiswa dan seluruh sahabat handai, selamat mengahadapi peperiksaan. Salam imtihan. Kata pepetah Arab, "man jadda wa jada." Maksudnya, "siapa berusaha, pasti dia akan berjaya, insya-Allah."

MHT: Jaga hak Allah, Allah akan hadiahkan hak kita sebagai manusia.

Bagaimana Menghadapi Ujian Hidup?

Khamis, 6 Jun 2013

0 Komentar


Ujian hidup ibarat air panas. 

Manusia yang keladak seperti hirisan lobak, mudah lembik apabila dicurah air panas. 

Manusia yang kurang berjaya ibarat sebutir telur ayam, akan kaku apabila direndam air panas. 

Manakala, manusia jernih dan cemerlang seperti serbuk kopi, biarpun berendam dalam air panas namun berjaya menguasai keadaan dan menukarnya menjadi air kopi yang sedap untuk diminum.

Di mana kita?

Allah menguji manusia mengikut tahap kekuatan kita (Rujuk ayat terakhir surah al-baqarah)

Allah tidak membebankan kita melainkan Allah berikan jalan keluarnya. (Rujuk surah al-Insyirah)

Setiap manusia, ujiannya berbeza dan balasannya pun berbeza-beza. (Rujuk Surah al-Lail dan Surah as-Syams)

MHT: Sebutkan perkara-perkara yang positif ketika ditimpa musibah. Insya-Allah hati tenang dan mudah bangkit daripada masalah.

Isu Dakwat dan Bangladesh

Ahad, 5 Mei 2013

1 Komentar

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tidak pernah mencatit artikel tentang politik pilihan raya. Namun, melihat kepada banyak gambar dan video di internet, saya rasa terpanggil untuk mengulas isu yang popular masa kini.

PERTAMA: ISU DAKWAT KEKAL.

1. Dakwat tersebut baru pertama kali diperkenalkan pada pilihan raya ke-13 tahun 2013.

2. Dalam akhbar dipaparkan gambar demonstrasi petugas SPR gagal menanggalkan dakwat yang dicalitkan pada jari telunjuk kiri sebagai bukti dakwat tersebut memang kekal.

3. Juga akhbar menayangkan gambar para tentera yang melakukan undi pos mencalitkan dakwat berwarna merah di jari.

4. Kerajaan telah memperuntukkan dana ribuan ringgit untuk menempah dakwat tersebut.

5. Dakwat kekal digunakan sebagai tanda sudah mengundi.

Hakikatnya hari ini...

1. Dakwat tersebut tidak kekal. Buktinya, banyak laporan beserta gambar di internet menunjukkan dakwat tersebut mudah untuk dibasuh dan hilang hanya beberapa minit.

2. Dakwat tersebut bukanlah berwarna merah seperti dalam demonstrasi di akhbar tetapi berwarna biru gelap.

3. Pengundi pos di luar negara tidak pun mengenakan dakwat di jari seperti yang ditunjukkan oleh para tentera dalam akhbar.

4. Persoalanya, sekiranya dakwat tersebut mahal, mengapa mudah untuk ditanggalkan?

5. Apakah jaminan yang tiada pengundi berulang setelah jari mereka dibersihkan? (Termasuk pengundi pos)

Wallahu a'alam.

KEDUA: ISU WARGA BANGLADESH.

1. Selepas mendapat tentangan dan ugutan daripada rakyat, PRU-13 telah dijamin sebagai yang paling jujur dan telus dalam sejarah pengundian.

2. Pihak polis telah dikerah di semua tempat pada hari pilihan raya termasuk melakukan kawalan ketat di semua lapangan terbang dan kawasan pintu sempadan Malaysia.

3. Hal berkaitan imegresen dan kewarganegaraan dicanang semasa musim PRU sebagai jaminan dan tunjang utama kesejahteraan rakyat dan pemimpin.

Hakikatnya hari ini...

1. Berduyun-duyun warga asing terutamanya warga Bangladesh mula memasuki negara dan memenuhi lapangan terbang Malaysia.

2. Banyak laporan beserta gambar dan video menunjukkan warga asing tersebut ditangkap semasa beratur menunggu giliran untuk mengundi.

3. Warga asing ini dengan mudah mendapatkan kad pengenalan yang tidak sama dengan identiti mereka.

4. Persoalannya, adakah tiada kawalan ketat dilakukan semasa kemasukan warga asing ini ke Malaysia?

5. Bagaimana mereka dengan mudah mendapatkan kad pengenalan yang melambangkan status kerakyatan Malaysia?

6. Siapakah dalang yang menjual nama dan mencalarkan maruah negara denan isu ini?

7 Apakah jaminan yang pengundi hantu ini tidak akan membuang undi, walaupun setelah ditangkap? (Ingat, waktu mengundi adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang)

Wallahu a'alam.

MUHASABAH

Warga Malaysia yang budiman, saluran dan sumber informasi kini semakin banyak dan mudah untuk diakses. Pembohongan akan senang terjadi dan penipuan juga boleh sahaja dibongkarkan dengan mudah.

Siapapun dalangnya, semoga mereka mendapat balasan dan diberi hidayah oleh Allah. Rakyat sudah mampu berfikir dan bertindak.

Apapun keputusan kali ini, terimalah dengan redha. Manusia merancang, Allah juga merancang!

Saya sudah mengundi. Anda bagaimana?

TODAY IS MY BIRTHDAY

Rabu, 1 Mei 2013

0 Komentar


I WOKE UP THIS MORNING
I SAW THE CLOCK
I PICKED UP MY PHONE
MY INBOX WAS EMPTY

I SAW THE MIRROR
I WAS LOOKING AT MY FACE

OH, TODAY IS MY BIRTHDAY!
THE TIME GETTING FASTER
AND I'M GEETING OLDER

SOMETIMES
I'M DISAPPOINTED AT SOMETHING
I'M MAKED SOMEONE CRIED
AND I'M FEEL LIKE I'M USELESS

SOMETIMES,
I LOST MY MEMORIES
I LOST MY BEST FRIEND
MY HOPE WAS GONE

AND I'M CRIED

BUT
HE STILL GIVE ME TIMES
HE STILL GIVE ME PATHS
HE GIVE ME SOMETHING BETTER
SOMETHING I NEED
MORE THAN WHAT I WANT

NOW I'M REALISED THAT
HE STILL WITH ME
WHATEVER HAPPENED
EVEN IF NO ONE BELIEVES IN ME
EVEN NO ONE IS LOVING ME

MHT: Wrote by myself. Actually, yesterday was my birthday (30 April =)

Tips Memilih dan Membeli Buku Di Kedai.

Khamis, 14 Mac 2013

0 Komentar

Membaca adalah tradisi manusia sejak era pembukuan di dunia wujud sekian lama dahulu. Budaya membaca telah menjadi seolah-olah seperti suatu kewajipan bagi manusia sehingga orang yang rajin membaca digelar 'ulat buku'.

Namun demikian, kepekaan terhadap bahan bacaan tekstual kini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh kemajuan teknologi perkomputeran dan lambakan bahan-bahan bacaan di laman web sosial termasuklah laman blog seperti yang anda baca sekarang! =)

Justeru, tradisi ilmu ini harus kita pertahankan. Budaya membaca bahan ilmiah berbentuk buku mesti terus diamalkan oleh generasi era milenium ini.

Tetapi, apa yang selalu berlegar di minda anak muda adalah, bagaimana ingin memilih bacaan bacaan yang sesuai?

Di sini, diperturunkan tips yang sesuai untuk anda. Cubalah!

1. Bayangkan dahulu, tajuk atau jenis buku yang anda ingin baca dan beli.

2. Mulakan langkah ke kedai buku dengan niat mencari ilmu kerana Allah. Pasti Allah akan membantu kita memilih bacaan yang sesuai apabila tiba di kedai buku.

3. Masuk ke kedai buku dengan menyebut basmalah
 (بسم الله الرحمن الرحيم)

4. Pilih rak buku mengikut kelasnya. Biasanya ada nama-nama kategori yang dipamerkan seperti 'BUKU AGAMA', BUKU POLITIK, BUKU MOTIVASI, BUKU KANAK-KANAK, NOVEL REMAJA dan sebagainya.

5. Setelah memilih kategori yang dikehendaki dan dirasakan sesuai, baca satu persatu tajuk buku yang tersedia di rak secara rawak tanpa menyentuhnya. Perhatikan juga nama penulis buku-buku tersebut.

6. Angkat buku yang dirasakan menarik pada pandangan mata anda. Ada yang tertarik kerana warnanya. Ada juga yang tertarik kerana ilustrasinya. Mungkin juga kerana nama penulisnya. Terserah.

7. Belek buku yang berada di tangan anda dan perhatikan muka hadapan dan belakangnya. Kebiasaannya, terdapat sedikit huraian ringkas di belakang kulit buku dan ia sangat membantu anda memahami isi buku tersebut secara ringkas.

8. Sekarang, buka bab halaman atau isi kandungan. Baca sekali lalu tajuk-tajuk atau bab-bab yang terkandung dalam halaman tersebut.

9. Sekiranya kandungan buku tersebut menarik perhatian anda dan keinginan untuk membeli sudah terdetik dalam hati, lihat harga buku di kulit belakangnya. Seluk poket dan lihat wang dalam beg duit anda!

10. Jika mencukupi, terus pegang buku tersebut dan cari lagi dua atau tiga buku untuk dibeli dengan mengulang langkah yang sama. Jangan beli sekiranya tidak bertepatan dengan nilai kewangan anda! =)

11. Akhir sekali, bayar di kaunter. Nekadlah yang anda akan membaca dan mengambil manfaat daripada bahan bacaan tersebut.

12. Setelah tamat, kongsikan bahan ilmiah tersebut dengan keluarga dan sahabat handai. Cadangkan kepada mereka agar turut membeli buku tersebut. Semoga dengan perkongsian ilmu itu nanti akan menjadi sedekah jariah buat anda. Sebarkan ilmu samalah seperti bersedekah.

Selamat membaca. Apa lagi, jom ke kedai buku.

MHT: Jadilah ulat buku, jangan jadi ulat bulu!

Panas! ENGINEER HINA GURU!

Selasa, 11 September 2012

4 Komentar
Buku latihan murid sudah selesai ditanda. Buku rekod mengajar juga telah siap disi dengan idea dan perancangan untuk esok. Hari sudah lewat petang tetapi teman-teman masih berbaki di bilik guru. Menggeliat. Letai dan kantuk bercampur menjadi satu.
 
Setelah menyelesaikan tugasan, saya buka laman sesawang. Nama sahabat tertera di capaian. Saya senyum. Tetapi tidak lama.
 
Sahabat yang baik hati tadi telah menghantar link pada saya. Alamat URL itu saya klik.
 
Usai membaca artikel itu, saya bungkam. Kecewa sebetulnya. Di zaman yang serba maju dan bertamadun ini, masih terdapat golongan yang masih pesimis dengan kerjaya guru. Realitinya, salah satu punca kita semua berjaya adalah hasil didikan guru. Malahan, profesion perguruan sudah mencapai tahap gemilang dan dibanggakan di Malaysia.
 
Saya berpendapat demikian bukan kerana saya seorang guru. Tetapi selaku makhluk yang meyakini ilmu yang datang daripada Allah, pastinya tidak tergamak untuk menghina dan merendah-rendahkan martabat seseorang yang bergelar guru atau pendidik.
 
Menurut sumber, artikel asal tentang penghinaan itu sudah dipadam. Ada yang berkata blog penghinaan itu juga sudah dihapuskan. Wallahu a'lam. Saya kurang pasti.
 
Apa yang menarik, terdapat pula satu komentar daripada seorang hamba Allah yang membidas penghinaan itu dengan cara yang bijak! Maka, saya perturunkan link dan artikel di bawah untuk berkongsi 'rasa' yang sedang saya hadapi. (Bagi teman guru baca: yang sedang kita hadapi)



Inilah blog yang dikatakan sudah dipadamkan (delete).


Panas bca entry nie!!!!

Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumbermulti purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik. pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang ****h jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

Notakaki: Perlukah menghina profession guru!!!!...adussss.....lupa daratan betul "enjin air" nie..

 
ANTARA JAWAPAN BALAS YANG BERNAS!
Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu

Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.

Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?

Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.

Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?

Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?

Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh, Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.

Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.

Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.

Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?

Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.

Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.
MHT: Sungguh memalukan golongan profesional di Malaysia. Engineer tersebut sudah 'masuk air' agaknya...

1.1.11=?

Sabtu, 1 Januari 2011

1 Komentar
Cuba kira berapa banyak satu dalam rangkaian nombor di atas?

Ya. Itulah nombor paling cemerlang di hujung tahun ini apabila Malaysia berjaya melengkapkan jaringan sebanyak 4 gol sekaligus melayakkan Harimau Malaya kita bergelar juara bola sepak Piala Suzuki AFF. (Masih teruja dengan kejayaan Malaysia=)

Hari ini kita melangkah setapak lagi apabila gerbang 2011 membuka pintunya. Sebaiknya kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai umur dan pengalaman yang baharu. Sebelum terlambat, baiklah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberikan ilmu dan rezeki yang bermanfaat sepanjang tahun ini.

Surah al-Mukmin ayat 60 ada menyebutkan, "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka Jahannam Dalam keadaan hina."

Semoga angka-angka baharu dalam hidup kita bukan lagi sekadar nombor tetapi terapi untuk kita meluaskan paradigma dengan lebih positif dan membuat percaturan hidup dengan lebih terancang, insya-Allah.

JUDI.
Bercerita tentang nombor, saya baru mendapat mesej (SMS) daripada nombor yang tidak dikenali (barangkali Syarikat telefon sendiri) mengenai peluang untuk kita mendapat duit dan menang nombor 4D melalui telefon bimbit. Sifu 4D akan memberikan anda nombor bertuah sekiranya anda memberi maklum balas ke atas arahan-arahan yang diberi. Sengal!

Itukan judi terang-terangan! Sah, masyarakat kita sudah gila dan masih tidak serik lagi. Judi sudah menjadi mainan tanpa kita sedari. Dulu judi bola heboh satu Malaya. Selepas kecanggihan teknologi memasuki negara, banyak lagi perisian dan perancangan judi menguasai suasana.

TIPU.
Baru-baru ini sepupu saya sudah terkena mesej (SMS) daripada nombor yang tidak dikenali yang menggelarkan dirinya PakCik. Pak Cik ini telah meminta tolong supaya ditambahkan kredit (Top-up) kerana sedang berada dalam kesusahan. Merasakan mesej berasal daripada bapa saudara sendiri, hamba Allah ini pun mengikut arahan tanpa usul periksa. Akhirnya, setelah diselidik barulah dia sedar bahawa dirinya telah tertipu.

Hati-hati. Sindiket ini semakin rancak mengaut keuntungan sambil goyang kaki. Mereka akan menggunakan nama/ gelaran yang biasa dan dekat dengan kita hingga kita terasa mesej itu benar-benar daripada saudara/ keluarga kita sendiri.

Lucunya. Suatu hari, bapa saudara saya juga telah menerima mesej yang hampir sama. "Tolong top-upkan kredit ayah ke nombor 01********. Ayah di balas polis sekarang. Ayah sedang ditimpa masalah." Lebih kurang begitulah bunyi mesej yang diterima.

Tanpa fikir panjang bapa saudara saya terus membalas, "Aku mana ada ayah! Penipu!!"

MHT: Kalaulah arwah atok dan nenek ada lagi...

Bengang!!

Selasa, 23 November 2010

3 Komentar
Perasan atau tidak, semenjak kemunculan filem Avatar yang meraih kutian tinggi hingga menjadi sangat popular beberapa waktu dahulu, kreativiti anak muda seperti mahasiswa mahasiswi jurusan seni grafik juga mula bercambah.

Impaknya, kelibat grafik ala-ala avatar mula menghiasi laman-laman web dan portal-portal di internet. Tidak pergi jauh, lihat sahaja paparan yang muncul di laman utama Yahoo saat mula-mula membuka internet; tidak kira samada melalui Internet Explorer, Mozilla Firefox ataupun Google Chrome.

Cantik memang cantik. Kreatif!

Tetapi yang merunsingkan dan menambah rasa bengang adalah subek yang digunakan. Rata-ratanya memapakan aksi porno dan menjelikkan. Bayangkan kita yang ingin mengakses maklumat ilmiah, al-Quran mahupun hadis, tiba-tiba terpapar grafik avatar yang berkelakuan tidak senonoh. Aduh!

Kartun yang dulunya '3D' sekarang dimajukan hingga entah berapa 'D' lagi. Bengang...

Bayangkan, kalau adik-adik kita tengok bagaimana? Kasihan mereka. Kecil-kecil lagi sudah tercemar. Kepada pereka grafik, tolonglah cipta ikon yang lebih bermotivasi untuk anak muda bukan menjatuhkan maruah anak bangsa! Blogger-blogger, ada tak cara nak tutup grafik tu? Tolong ajarkan...

MHT: Tidak beradab langsung! Bengangnya!!! :(

Iluminati Dalam Filem

Isnin, 15 November 2010

3 Komentar
Saat bersiar-siar di dunia maya, anak mata tertangkap sebuah video menarik. Video penuh rahsia dan tidak disangka-sangka. Bagi blogger yang mapan, ayuh sebarkan kepada pembaca-pembaca anda. Jangan lupa tinggalkan komen di sini. Sila tonton dengan penuh rasa tanggungjawab pada agama dan bangsa. Saksikanlah......




MHT: Selamat berpuasa kepada yang mengagungkan puasa sunat di hari Arafah [hari ke-9]. Memandangkan hari ini kita tidak berpeluang bersama saudara-saudara kita di padang Arafah, maka rajin-rajinlah bertasbih dan bertakbir.

Serangan Laman Web Meningkat Masa Cuti Raya

Khamis, 16 September 2010

0 Komentar
Keratan akhbar Kosmo bertarikh 11 September 2010 melaporkan:

"KUALA LUMPUR - Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan.

"Pada tahun 2009 seperti contoh, serangan ke atas laman-laman web ini meningkat semasa cuti perayaan seperti Aidilfitri.

"Jadi pemilik-pemilik laman web harus meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan aplikasi yang berkaitan bagi mengelakkan risiko digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Menurut SKMM, pada minggu pertama September tahun ini, sebanyak 262 kes laman web yang digodam dilaporkan berbanding 168 kes pada Ogos lalu.

Pemilik-pemilik laman web yang mengesan sebarang kegiatan penggodaman boleh melaporkan kepada SKMM di talian 03-8688 8303 atau melayari laman web di http: //www.skmm.gov.my/cybersecurity."

Award: Daripada Kawan Untuk Kawan

Khamis, 22 Julai 2010

5 Komentar
Otak akan mula bercempera dan tidak tentu hala. Jari terlentuk-lentuk di hujung papan kekunci. Kadangkala kepala yang tidak gatal mula rasa berkutu. Nah, sekarang saya sudah mula terjangkit!

Semua ini terjadi gara-gara komen 'berantai' yang saya terima minggu lalu. Komen yang memerlukan seminggu untuk saya kembali berfikir apa rasionalnya. Seperti 'blogger-blogger' lain, saya juga tak terkecuali bila terjadinya situasi seperti ini.

Baiklah, sebenarnya saya sudah dianugerahkan sebuah
award dan ditag (meminjam komen 'berantai' tersebut) oleh sahabat sendiri. Tanpa membantah dan setia mengikut arahan (moga-moga dia belanja selepas baca blog ini=) saya telahpun sudi mengikut segala syarat-syaratnya. (award bersyarat?)

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails