Memaparkan catatan dengan label Tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tidur. Papar semua catatan
Kelebihan Baca Bismillah 21 kali
Khamis, 15 Jun 2017
Dikarang oleh Hafizi Tajuddin pada 3:24 PTG 3 KomentarJom Belajar Tafsir al-Ikhlas!
Selasa, 30 Julai 2013
Dikarang oleh Hafizi Tajuddin pada 4:38 PTG 0 Komentar
Allah membuat penegasan tentang dirinya dalam Surah al-Ikhlas dan mengarahkan kita supaya meyakini:
1. Allah maha esa.
Allah hanya Tuhan yang satu dan tunggal.
2. Hanya Allah tempat kita bergantung
Allah maha mengetahui apa yang nyata mahupun tersembunyi. Justeru, Allah sangat mengetahui perkara yang ada dalam hati-hati manusia. Berdoalah kepada Allah ketika kita susah dan bersyukurlah ketika kita senang.
3. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Maknanya, Allah tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai ibu bapa sepertimana dakwaan kaum kafir.
4. Tiada yang serupa dengan Allah walau satupun.
Allah tidak mempunyai seteru (persamaan) dengan makhluk. Tiada yang dapat menandingi kuasa Allah termasuklah para nabi dan malaikat.
Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa meyakini keesaan Allah dan membaca kalimah tauhid iaitu; لا إله إلا الله (La ilaha illallah) agar tidak sesat ke jalan kekufuran.
Wallahu a'lam.
MHT: Nabi Muhammad mengamalkan bacaan 3 qul sebelum tidur iaitu "Qul 'auzu biabbinnas" (Surah an-Nas), Qul 'auzu birabbil falaq" (Surah al-Falaq) dan "Qul huwallahu ahad" (Surah al-Ikhlas)
Jom Belajar Tafsir al-Falaq
Dikarang oleh Hafizi Tajuddin pada 4:19 PTG 0 KomentarSurah al-Falaq bermaksud waktu subuh atau seluruh makhluk (kerana Allah yang menguasai kedua-dua makhluk tersebut) Surah ini diturunkan di Mekah.
Surah ini diturunkan bersama-sama surah an-Nas ketika Rasulullah s.a.w disihir oleh seorang Yahudi dengan 11 simpulan tali. Menariknya,sihir tersebut terhapus setelah dibacakan 5 ayat daripada surah al-Falaq dan 6 ayat daripada Surah an-Nas menjadikannya 11 ayat kesemuanya. Subhanallah!
Dalam Surah al-Falaq, kita diajar supaya memohon perlindungan hanya kepada Allah agar terselamat daripada 4 kejahatan iaitu:
1. Kejahatan makhluk.
Terdapat pelbagai jenis makhluk ciptaan Allah di atas dunia yang fana ini. Ada yang beriman dan ada yang kufur. Ada yang terzahir pada pandangan mata kasar dan ada yang ghaib dan tersembunyi. Kejahatan makhluk tersebut boleh mendatangkan musibah kepada kita. Antaranya ialah binatang berbisa, jin dan seumpama dengannya.
2. Kejahatan Malam.
Keadaan malam yang gelap gelita boleh mengundang pelbagai masalah. Antara kejahatan yang berlaku pada waktu malam seperti kejadian curi dan rompak, zina dan seumpama dengannya.
3. Kejahatan Tukang Sihir.
Sihir sudah lama wujud sejak zaman nabi lagi. Malahan sehingga zaman moden, perbuatan sihir dan ilmu hitam masih diamalkan oleh generasi yang syirik dan ingkar pada perintah Allah. Segala jampi dan mentera sihir boleh memudharatkan kehidupan manusia sebagaimana yang pernah berlaku kepada Rasulullah s.a.w.
4. Kejahatan Pendengki.
"Rambut sama hitam, hati lain-lain." Demikianlah pepatah Melayu menyebutkan tentang niat dan perasaan manusia yang berbeza-beza. Niat tersimpan dalam hati dan tidak terzahir pada pandangan mata. Perasaan dengki boleh timbul apabila seseorang tidak bersetuju dengan cara hidup orang lain. Mereka susah hati apabila melihat kesenangan orang lain dan senang hati tatkala melihat kegagalan orang lain.
MHT: Demikianlah antara sebab mengapa Rasulullah s.a.w melazimi surah ini sebelum Baginda beradu.
Jom Belajar Tafsir An-Nas!
Selasa, 16 Julai 2013
Dikarang oleh Hafizi Tajuddin pada 5:48 PTG 0 Komentar
Surah an-Nas bermaksud manusia dan mempunyai 6 ayat. Surah ini merupakan surah terakhir dalam al-Quran al-Karim.
Intipati surah ini memberikan kita pengajaran bahawa hanya Allah selayaknya untuk kita memohon perlindungan. Bukannya dengan bomoh, tangkal sihir dan perkara-perkara khurafat yang membawa kepada syirik.
Maha suci Allah yang telah menghadiahkan kita surah ini sebagai salah satu daripada benteng pelindung agar kita terselamat daripada 3 perkara iaitu:
1. Kejahatan bisikan syaitan.
Sesungguhnya, syaitan dan iblis tidak pernah jemu membisikkan kepada nafsu dan hati manusia agar mengingkari perintah Allah. Sejak peristiwa Nabi Adam lagi mereka telah berjanji untuk menyesatkan manusia dan mengheret anak cucu Adam ke dalam neraka.
2. Kejahatan Jin
Meskipun golongan ini tidak kelihatan pada pandangan mata kasar manusia, mereka tetap wujud dalam alam milik Allah ini. Mempercayai makhluk ghaib ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman yang wajib kita pegang. Bahkan, ada satu surah yang diberi nama Jin dalam Kitab Al-Quran yang mulia.
Mengikut pendapat alim ulama, golongan ini juga seperti manusia. Ada yang beriman dan ada juga yang kafir dan berniat jahat terhadap manusia.
3. Kejahatan Manusia
Sudah menjadi lumrah, manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Hal ini kerana manusia menjadikan nafsu sebagai raja dalam hati mereka sehinggakan cahaya iman sukar menembusi akal yang waras.
Justeru, kita mestilah sentiasa membaca Surah an-Nas dengan ikhlas dan sungguh-sungguh mengharapkan perlindungan Allah agar terselamat daripada tiga perkara tersebut.
MHT: Mesti baca sebelum tidur!
Tidur Nabi Muhammad Dan Sains
Isnin, 14 Januari 2013
Dikarang oleh Hafizi Tajuddin pada 11:03 PTG 0 Komentar
KE KANAN
Tidur yang terbaik mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengiring ke kanan.
Mengikut fakta sains, paru-paru sebelah kiri lebih kecil berbanding kanan. Maka, dengan mengaplikasikan tidur cara Nabi Muhamad, jantung tidak menanggung beban yang berat.
Selain itu, apabila seseorang tidur dengan mengiring ke kanan, makanan akan melalui ususnya antara 2.5 hingga 4.5 jam berbanding 8 jam sekiranya tidur mengiring ke kiri.
Hati juga akan menjadi stabil dan tidak tergantung. Begitu juga dengan kedudukan perut. Maka, dengan cara sunah ini, proses penghadaman akan menjadi lebih mudah.
Sudah semestinya, kaedah ini adalah ilham daripada Maha Pencipta yang sangat bijak dan maha mengetahui.
DOA
Rasulullah mengingatkan kita agar berwudhu' dan membaca doa sebelum tidur. Baginda juga mengajar kita supaya membaca al-Fatihah serta 4 Qul, iaitu:
- Surah al-Kafirun - Mengelakkan kita daripada hasutan dan pegangan Kaum Kafir.
- Surah al-Ikhlas - menguatkan keimanan dan keyakinan kita terhadap keesaan Allah.
- Surah al-Falaq - menghindarkan diri, keluarga dan kawasan rumah kita daripada gangguan sihir, makhlus halus, jin dan manusia yang jahat.
- Surah an-Nas - pendinding daripada hasutan iblis dan syaitan.
Tidur ibarat kita mati sementara. Maka, selepas dibangkitkan daripada lena, hendaklah kita bersyukur terhadap nikmat Allah dengan membaca doa.
MHT: Semoga dapat hidup berlandaskan sunah Rasulullah. Selamat malam ^_^
Langgan:
Catatan (Atom)





