Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Kelebihan Baca Bismillah 21 kali

Khamis, 15 Jun 2017

3 Komentar

Baca Bismillahirrahmanirrahim 21 Kali sebelum tidur. Dengan izin Allah,  selamat daripada 4 perkara:

1. Mati mengejut
2. Rumah terbakar
3. Mati lemas
4. Kemalangan

Sumber: Kitab Fadhilat Bismillahirrahmanirrahim, Imam Abi Sa'ad (Guru Habib Umar) 

JOM BELAJAR TAFSIR: MISI 2014

Rabu, 1 Januari 2014

1 Komentar





Allah berfirman dalam Surah an-Anfal ayat 53 yang bermaksud,

"(balasan) Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui."

Betapa banyak nikmat 2013 yang telah kita sia-siakan. Lalu, apakah misi yang akan kita ubah untuk mengharungi gelombang 2014?

Musim Denggi Disember 2014 - Tips Cegah Denggi!

Isnin, 30 Disember 2013

1 Komentar

Negeri Sembilan antara negeri yang tertinggi mencatat rekod denggi pada bulan Disember 2014. Penulis tidak pasti samada kenyataan ini fakta atau andaian sesetengah pihak.

Namun melihat kepada situasi semasa dan cuaca, memang sekarang ramai yang dijangkiti penyakit ini di sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

Kebanyakan wad hospital kerajaan mahupun swasta di Seremban seperti Hospital Besar Seremban, KPJ dan Hospital Salam dipenuhi dengan pesakit denggi.

Termasuk hari ini sudah tiga orang kenalan penulis di Seremban disahkan positif denggi. Justeru, penulis menyarankan agar anda berhati-berhati dengan mengamalkan beberapa langkah dan tips berikut:

1. Jaga kebersihan sekitar rumah anda.

2. Bersihkan longkang yang tersumbat.

3. Pastikan tiada bekas bertakung di luar rumah yang boleh menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes memandangkan sekarang adalah musim hujan.

4. Elakkan tidur di waktu petang terutama senja kerana itulah waktu aktif bagi nyamuk aedes.

5. Ambil peduli dengan kesihatan jiran-jiran di sekitar rumah anda.

6. Segera berjumpa doktor sekiranya anda mula demam walaupun sedikit.

7. Banyakkan minum air kosong atau air gas 100 Plus sekiranya rasa lemah badan. (Petua daripada sahabat penulis, bekas pesakit denggi)

8. Berdoalah kepada Allah, membaca al-quran dan amalkan zikir Mathurat agar terlindung daripada bala dan penyakit.

Doakan kenalan penulis diberi kesembuhan oleh Allah daripada penyakit denggi. Semoga kita semua juga diselamatkan oleh Allah, insya-Allah.

Apabila Ditinggalkan Sahabat...

Isnin, 14 Oktober 2013

1 Komentar


Saat ditinggalkan oleh sahabat, peliharalah mulut daripada menceritakan keburukan dan keaiban 'bekas' kawan tersebut.

Sedarilah yang kita bukan segala-galanya dalam hidup mereka. Walaupun kita sudah berusaha sedaya upaya memenangi hati mereka.

Sedarilah, mereka jua punya kehidupan sendiri. Kita ada akal mereka juga ada wawasan. Boleh jadi, cita-cita mereka berbeza.

Sedarilah yang Allah sedang menguji kita. Allah uji bagaimana kita mengawal emosi. Kita tuan kepada emosi bukan hamba kepada emosi.

Mengadulah kepada keluarga jika mampu. Mengadulah kepada orang di sekeliling jika perlu.

Dengarlah lagu-lagu yang sesuai jika itu memberikan ketenangan dalam memujuk hati.

Lukislah sesuatu yang indah jika itu mampu mengubat hati yang gundah.

Jika tiada sesiapa yang kita rasa layak, maka mengadulah kepada Allah.

Menangislah di hadapan Allah. 

Menangislah dalam doa dan sujud di tikar sejadah.

Menangislah dalam bacaan zikir dan quran.

Selepas itu, hati akan tenang.

Muhasabah dan koreksi diri. Mungkin ada dosa kita pada Allah. Mungkin ada tanggungjawab kita yang belum terlunas sebagai seorang hamba Allah.

Sometime, we need to be alone and make a step back to move forward when somebody, who called 'buddy' begin to forget and keep away from us. Though we are the biggest balloon, we are not. We just nothing. Maybe, we think of them too much!

MHT: "La Tahzan, Innallaha ma'ana" (Janganlah bersedih, Allah sentiasa bersama kita.

JOM TONTON VIDEO MATLUTFI: Idealis dan Sinis

Ahad, 4 Ogos 2013

0 Komentar
MATLUTFI - Terbaik!
MATLUTFI - Nama yang semakin popular di kalangan pengguna internet di Malaysia.

Ikon muda berpendidikan luar negara ini berjaya melonjakkan namanya setelah memuat naik sekian banyak video ke dalam laman sesawang 'youtube'.

Bukan seorang dua yang melakukan hal yang sama namun mengapa figura ini yang mampu menawan hati rakyat Malaysia? Apakah fomula beliau? Jom kita selidik!

ISI KANDUNGAN

1. Ternyata, bahan-bahan yang digunakan dalam video padat dengan informasi dan ilmu yang mampu digunapakai oleh sesiapa sahaja.

2. Kupasan yang bernas mampu menganjakkan paradigma dan menjadikan rakyat Malaysia khususnya golongan remaja membuka mata dalam melihat sesuatu isu.

3. Sudah semestinya isu yang ditimbulkan sangat berkait rapat dengan isu semasa di Malaysia biarpun beliau tidak berada di tanah air.


4. Isu-isu yang diutarakan boleh dijadikan bahan tulisan buku dan akhbar serta dibawa ke dalam perbincangan pelajar-pelajar sekolah mahupun para mahasiswa seluruh Malaysia.

PEKA

1. Biarpun tidak berada di tanah air, namun ikon ini tetap mengambil peduli tentang hal-hal yang berlaku di Malaysia. Secara tidak langsung, perkara ini menyedarkan anak muda Malaysia supaya sentiasa peka dengan isu di sekeliling kita.

AGAMA DAN BUDAYA

1. Terdapat satu x-factor yang menarik perhatian pelawat youtube iaitu soal agama. Matlutfi yang kelihatan 'akan terus popular' tetapi tetap memilih jalan rasional dan kelihatan tidak tenggelam dalam dunia barunya. Ertinya soal agama Islam tetap dititikberatkan dalam setiap penyampaiannya.

2. Pengalaman berada di negara orang mungkin sedikit sebanyak menjadikan beliau lebih menghargai budaya tanah air sendiri. Buktinya, setiap contoh yang diberikan banyak menyentuh tentang unsur-unsur akhlak dan keharmonian.

KEKELUARGAAN

1. Sekiranya anda perasan, Matlutfi banyak menyelitkan watak ibu bapa dan anak-anak. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam membentuk masyarakat cemerlang.

PETAH

1. Kemahiran komunikasi dan kepetahan berbicara dengan Bahasa Melayu dan Inggeris (Termasuklah dialek utaranya) menjadikan para penonton tidak bosan. Ikon seperti ini pasti akan menarik lebih ramai anak muda sekiranya diberi peluang beraksi di hadapan kaca televisyen.

KEMAHIRAN VIDEO

1. Keberkesanan sesuatu video itu bukan sahaja bergantung kepada isinya tetapi termasuklah bagaimana cara isinya dipersembahkan kepada khalayak. Beliau ternyata sangat bijak dan mahir menggunakan teknologi rakaman ini.

2. Penggunaan muzik dan sudut pandangan kamera yang menarik mampu membuatkan kita 'terpesona' dengan keindahan 'makna isi' yang ingin disampaikan.

HUMOR YANG BIJAK

1. Dialog-dialog yang dilontarkan bukan sahaja mampu membuat kita tertawa dan tersenyum malahan mula memikirkan sesuatu isu itu dengan lebih dalam. 

2. Dialek utaranya dan watak-watak yang dilakonkan sangat menjadi. Tidak salah rasanya jika beliau diberi peluang melakonkan beberapa babak dalam drama atau filem dengan syarat filem atau drama itu membuatkan rakyat Malaysia lebih BIJAK!

3. Atau mungkin Matlutfi akan mengarahkan sebuah filem bijaknya sendiri? Siapa tahu... (Saya yakin, pasti box-office! =)

SINIS

1. Isu sentitif berjaya diolah dengan baik. "Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya". Betul kan? 

2. Terima kasih kepada Matlutfi yang membuatkan kita tersedar tentang banyak isu yang selama ini hanya dipandang sebelah mata.

KESIMPULAN 

Saya berharap agar pembikin filem di Malaysia mengambil formula Matlutfi ini sebagai salah satu daripada elemen pembuka minda rakyat Malaysia.

Media Barat sudah lama menggunakan filem dan muzik sebagai agenda idealistiknya kepada dunia. Bilakah penggiat filem kita mahu berada di zon selesa dan merasakan kerja berfikir hanya kerja 'ulat buku' dan 'orang agama'.

Kepada anak muda yang asyik memuat naik video-video hiburan sahaja, inilah masa untuk mengikut jejak langkah MATLUTFI.

Tahniah MATLUTFI! Andalah PERMATA BERHARGA untuk MALAYSIA.

MHT: Doakan kesejahteraan 'minda' beliau sentiasa berpanjangan, insya-Allah.

Berusahalah Mencari Malam Al-Qadr

Selasa, 30 Julai 2013

0 Komentar


Al-Qadr atau biasa dipanggil oleh masyarakat Malaysia sebagai 'malam lailatul qadr. Kisah malam ini telahpun disebutkan dalam Surah al-Qadr.

Malam Istimewa

Malam ini hanya muncul pada satu malam dalam bulan Ramadan. Pada malam tersebut para malaikat diketui oleh malaikat Jibrail akan turun ke bumi atas perintah dan mendoakan kesejahteraan bagi penduduk bumi yang beribadah demi mengharapkan keredhaan Allah sehinggalah terbit fajr Subh.

Ganjaran

Pahala mengerjakan ibadah pada malam tersebut dikira lebih baik daripada 1000 bulan. Bilakah terjadinya malam tersebut? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Subanallah!

Amalan

Antara amalan yang perlu diusahakan pada malam Ramadan ialah:

1. Meyediakan juadah berbuka puasa
2. Berbuka dengan amalan sunah (kurma dan tidak membazir)
3. Solat Maghrib dan Isyak
4. Solat terawih dan witir
5. Membaca al-Quran dan mendalami maksud ayatnya
6. Berzikir dan beristighfar (mohon ampun kepada Allah)
7. Solat sunah taubat, tahajjut, hajat dan sebagainya.
8. Perbanyakkan doa untuk diri, keluarga dan umat Islam di seluruh dunia.

Hadis Rasulullah s.a.w

Terdapat dua buah hadis yang menyebutkan tentang malam tersebut iaitu:

1. Saidatina Aisyah melaporkan bahawa Rasulullahs.a.w bersabda, "Carilah malam al-qadr pada bilangan yang ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

2. Ibnu Abbas melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Carilah malam al-qadr dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; pada malam ke-21, 23 dan 25." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





Oleh yang demikian, En. Hafizi Tajuddin, gandakan USAHA! Jangan hanya menunggu dan berharap!

Jom Belajar Tafsir al-Falaq

0 Komentar

Surah al-Falaq bermaksud waktu subuh atau seluruh makhluk (kerana Allah yang menguasai kedua-dua makhluk tersebut) Surah ini diturunkan di Mekah.

Surah ini diturunkan bersama-sama surah an-Nas ketika Rasulullah s.a.w disihir oleh seorang Yahudi dengan 11 simpulan tali. Menariknya,sihir tersebut terhapus setelah dibacakan 5 ayat daripada surah al-Falaq dan 6 ayat daripada Surah an-Nas menjadikannya 11 ayat kesemuanya. Subhanallah!

Dalam Surah al-Falaq, kita diajar supaya memohon perlindungan hanya kepada Allah agar terselamat daripada 4 kejahatan iaitu:

1. Kejahatan makhluk.

Terdapat pelbagai jenis makhluk ciptaan Allah di atas dunia yang fana ini. Ada yang beriman dan ada yang kufur. Ada yang terzahir pada pandangan mata kasar dan ada yang ghaib dan tersembunyi. Kejahatan makhluk tersebut boleh mendatangkan musibah kepada kita. Antaranya ialah binatang berbisa, jin dan seumpama dengannya.

2. Kejahatan Malam.

Keadaan malam yang gelap gelita boleh mengundang pelbagai masalah. Antara kejahatan yang berlaku pada waktu malam seperti kejadian curi dan rompak, zina dan seumpama dengannya.

3. Kejahatan Tukang Sihir.

Sihir sudah lama wujud sejak zaman nabi lagi. Malahan sehingga zaman moden, perbuatan sihir dan ilmu hitam masih diamalkan oleh generasi yang syirik dan ingkar pada perintah Allah. Segala jampi dan mentera sihir boleh memudharatkan kehidupan manusia sebagaimana yang pernah berlaku kepada Rasulullah s.a.w.

4. Kejahatan Pendengki.

"Rambut sama hitam, hati lain-lain." Demikianlah pepatah Melayu menyebutkan tentang niat dan perasaan manusia yang berbeza-beza. Niat tersimpan dalam hati dan tidak terzahir pada pandangan mata. Perasaan dengki boleh timbul apabila seseorang tidak bersetuju dengan cara hidup orang lain. Mereka susah hati apabila melihat kesenangan orang lain dan senang hati tatkala melihat kegagalan orang lain.

MHT: Demikianlah antara sebab mengapa Rasulullah s.a.w melazimi surah ini sebelum Baginda beradu.

Bagaimana Menghadapi Ujian Hidup?

Khamis, 6 Jun 2013

0 Komentar


Ujian hidup ibarat air panas. 

Manusia yang keladak seperti hirisan lobak, mudah lembik apabila dicurah air panas. 

Manusia yang kurang berjaya ibarat sebutir telur ayam, akan kaku apabila direndam air panas. 

Manakala, manusia jernih dan cemerlang seperti serbuk kopi, biarpun berendam dalam air panas namun berjaya menguasai keadaan dan menukarnya menjadi air kopi yang sedap untuk diminum.

Di mana kita?

Allah menguji manusia mengikut tahap kekuatan kita (Rujuk ayat terakhir surah al-baqarah)

Allah tidak membebankan kita melainkan Allah berikan jalan keluarnya. (Rujuk surah al-Insyirah)

Setiap manusia, ujiannya berbeza dan balasannya pun berbeza-beza. (Rujuk Surah al-Lail dan Surah as-Syams)

MHT: Sebutkan perkara-perkara yang positif ketika ditimpa musibah. Insya-Allah hati tenang dan mudah bangkit daripada masalah.

Doa Bulan Rejab

Jumaat, 10 Mei 2013

0 Komentar

Kelebihan Ziarah Pesakit dan Doa Sakit Perut

Ahad, 31 Mac 2013

1 Komentar
Surah al-Burj ayat 1 - 9





Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim sesama saudara.

Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis berikut:

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
 
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” 

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [Riwayat Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang.

Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [Riwayat at-Tirmizi: Hasan]

MHT: Alhamdulillah, baru sembuh daripada sakit perut dan pening kepala.

DOA NABI SEBELUM MEMBERI SALAM DALAM SOLAT

Ahad, 3 Mac 2013

1 Komentar


Dibaca selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berpesan melalui sabda Baginda yang bermaksud, “Apabila kamu tasyahud, maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara. Doalah:


اللَّّّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَجَّالِ.


“Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajal.” (Hadis Riwayat Muslim)

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails