Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Tips Peperiksaan

Sabtu, 22 Jun 2013

0 Komentar

Ada banyak sebab untuk kita berjaya dalam peperiksaan. Ramai pelajar sudah cemerlang melalui kaedah ini. Antaranya:

1. Baca Buku
2. Tulis nota
3. Buat latihan
4. Ulangkaji
5. Belajar berkumpulan (Study group)

dan sebagainya.

Tetapi, ada banyak lagi sebab untuk kita gagal dan selalu kita terlepas pandang. Antaranya:

1. Malas solat
2. Kurang zikir
3. Melawan cakap mak ayah
4. Tidak hormat guru
5. Tidak menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga
6. Memutuskan persaudaraan dan silaturahim sesama muslim
7. Tidak menjaga hati sahabat handai

dan sebagainya

Oleh yang demkian, beringatlah sebelum masanya. Jangan sangka, kita berjaya semata-mata kerana usaha keras kita. Namun, yang lebih penting kejayaan itu hadiah daripada Allah.

Apabila susah belajar, berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah datangkan kesusahan bersama-sama kesenangan. Ketika itulah, Allah uji samada hambanya memohon dan berharap kepada-Nya ataupun tidak. (Surah al-Insyirah)

Kepada murid-murid, para pelajar, mahasiswa dan seluruh sahabat handai, selamat mengahadapi peperiksaan. Salam imtihan. Kata pepetah Arab, "man jadda wa jada." Maksudnya, "siapa berusaha, pasti dia akan berjaya, insya-Allah."

MHT: Jaga hak Allah, Allah akan hadiahkan hak kita sebagai manusia.

Bagaimana Menghadapi Ujian Hidup?

Khamis, 6 Jun 2013

0 Komentar


Ujian hidup ibarat air panas. 

Manusia yang keladak seperti hirisan lobak, mudah lembik apabila dicurah air panas. 

Manusia yang kurang berjaya ibarat sebutir telur ayam, akan kaku apabila direndam air panas. 

Manakala, manusia jernih dan cemerlang seperti serbuk kopi, biarpun berendam dalam air panas namun berjaya menguasai keadaan dan menukarnya menjadi air kopi yang sedap untuk diminum.

Di mana kita?

Allah menguji manusia mengikut tahap kekuatan kita (Rujuk ayat terakhir surah al-baqarah)

Allah tidak membebankan kita melainkan Allah berikan jalan keluarnya. (Rujuk surah al-Insyirah)

Setiap manusia, ujiannya berbeza dan balasannya pun berbeza-beza. (Rujuk Surah al-Lail dan Surah as-Syams)

MHT: Sebutkan perkara-perkara yang positif ketika ditimpa musibah. Insya-Allah hati tenang dan mudah bangkit daripada masalah.

Hari Guru 2013

Selasa, 28 Mei 2013

0 Komentar
Tema hari guru pada tahun 2013 adalah

"GURU MALAYSIA, 1 ASPIRASI, 1 AGENDA"

Terima kasih cikgu.

Sikap Penonton Bola Sepak Malaysia 2013

0 Komentar
Malam ini perlawanan bola sepak antara pasukan Pahang menentang Johor di Stadium Negeri Pahang. Tetapi sikap para penonton yang berkerumun di ruang trek lumba lari stadium membuatkan jadual perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam. 

Walaupun Sultan Pahang sudah turun padang, namun para penonton tetap tidak mahu berganjak dari tempat duduk. Akhirnya, perlawanan terpaksa ditangguhkan ke satu waktu yang akan ditetapkan kelak.

Situasi ini menunjukkan sikap rakyat Malaysia yang tidak profesional dan harmonis.

Para penyokong rugi duit, rugi masa, rugi tenaga.

Rakyat Malaysia hilang respek, hilang wibawa, hilang toleransi.

Para pemain hilang motivasi.

Doa Bulan Rejab

Jumaat, 10 Mei 2013

0 Komentar

Isu Dakwat dan Bangladesh

Ahad, 5 Mei 2013

1 Komentar

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tidak pernah mencatit artikel tentang politik pilihan raya. Namun, melihat kepada banyak gambar dan video di internet, saya rasa terpanggil untuk mengulas isu yang popular masa kini.

PERTAMA: ISU DAKWAT KEKAL.

1. Dakwat tersebut baru pertama kali diperkenalkan pada pilihan raya ke-13 tahun 2013.

2. Dalam akhbar dipaparkan gambar demonstrasi petugas SPR gagal menanggalkan dakwat yang dicalitkan pada jari telunjuk kiri sebagai bukti dakwat tersebut memang kekal.

3. Juga akhbar menayangkan gambar para tentera yang melakukan undi pos mencalitkan dakwat berwarna merah di jari.

4. Kerajaan telah memperuntukkan dana ribuan ringgit untuk menempah dakwat tersebut.

5. Dakwat kekal digunakan sebagai tanda sudah mengundi.

Hakikatnya hari ini...

1. Dakwat tersebut tidak kekal. Buktinya, banyak laporan beserta gambar di internet menunjukkan dakwat tersebut mudah untuk dibasuh dan hilang hanya beberapa minit.

2. Dakwat tersebut bukanlah berwarna merah seperti dalam demonstrasi di akhbar tetapi berwarna biru gelap.

3. Pengundi pos di luar negara tidak pun mengenakan dakwat di jari seperti yang ditunjukkan oleh para tentera dalam akhbar.

4. Persoalanya, sekiranya dakwat tersebut mahal, mengapa mudah untuk ditanggalkan?

5. Apakah jaminan yang tiada pengundi berulang setelah jari mereka dibersihkan? (Termasuk pengundi pos)

Wallahu a'alam.

KEDUA: ISU WARGA BANGLADESH.

1. Selepas mendapat tentangan dan ugutan daripada rakyat, PRU-13 telah dijamin sebagai yang paling jujur dan telus dalam sejarah pengundian.

2. Pihak polis telah dikerah di semua tempat pada hari pilihan raya termasuk melakukan kawalan ketat di semua lapangan terbang dan kawasan pintu sempadan Malaysia.

3. Hal berkaitan imegresen dan kewarganegaraan dicanang semasa musim PRU sebagai jaminan dan tunjang utama kesejahteraan rakyat dan pemimpin.

Hakikatnya hari ini...

1. Berduyun-duyun warga asing terutamanya warga Bangladesh mula memasuki negara dan memenuhi lapangan terbang Malaysia.

2. Banyak laporan beserta gambar dan video menunjukkan warga asing tersebut ditangkap semasa beratur menunggu giliran untuk mengundi.

3. Warga asing ini dengan mudah mendapatkan kad pengenalan yang tidak sama dengan identiti mereka.

4. Persoalannya, adakah tiada kawalan ketat dilakukan semasa kemasukan warga asing ini ke Malaysia?

5. Bagaimana mereka dengan mudah mendapatkan kad pengenalan yang melambangkan status kerakyatan Malaysia?

6. Siapakah dalang yang menjual nama dan mencalarkan maruah negara denan isu ini?

7 Apakah jaminan yang pengundi hantu ini tidak akan membuang undi, walaupun setelah ditangkap? (Ingat, waktu mengundi adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang)

Wallahu a'alam.

MUHASABAH

Warga Malaysia yang budiman, saluran dan sumber informasi kini semakin banyak dan mudah untuk diakses. Pembohongan akan senang terjadi dan penipuan juga boleh sahaja dibongkarkan dengan mudah.

Siapapun dalangnya, semoga mereka mendapat balasan dan diberi hidayah oleh Allah. Rakyat sudah mampu berfikir dan bertindak.

Apapun keputusan kali ini, terimalah dengan redha. Manusia merancang, Allah juga merancang!

Saya sudah mengundi. Anda bagaimana?

TODAY IS MY BIRTHDAY

Rabu, 1 Mei 2013

0 Komentar


I WOKE UP THIS MORNING
I SAW THE CLOCK
I PICKED UP MY PHONE
MY INBOX WAS EMPTY

I SAW THE MIRROR
I WAS LOOKING AT MY FACE

OH, TODAY IS MY BIRTHDAY!
THE TIME GETTING FASTER
AND I'M GEETING OLDER

SOMETIMES
I'M DISAPPOINTED AT SOMETHING
I'M MAKED SOMEONE CRIED
AND I'M FEEL LIKE I'M USELESS

SOMETIMES,
I LOST MY MEMORIES
I LOST MY BEST FRIEND
MY HOPE WAS GONE

AND I'M CRIED

BUT
HE STILL GIVE ME TIMES
HE STILL GIVE ME PATHS
HE GIVE ME SOMETHING BETTER
SOMETHING I NEED
MORE THAN WHAT I WANT

NOW I'M REALISED THAT
HE STILL WITH ME
WHATEVER HAPPENED
EVEN IF NO ONE BELIEVES IN ME
EVEN NO ONE IS LOVING ME

MHT: Wrote by myself. Actually, yesterday was my birthday (30 April =)

Kelebihan Ziarah Pesakit dan Doa Sakit Perut

Ahad, 31 Mac 2013

1 Komentar
Surah al-Burj ayat 1 - 9





Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim sesama saudara.

Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis berikut:

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
 
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” 

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [Riwayat Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang.

Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [Riwayat at-Tirmizi: Hasan]

MHT: Alhamdulillah, baru sembuh daripada sakit perut dan pening kepala.

Malam Cinta Rasul 2013 - Hiburan Alternatif Remaja.

Isnin, 25 Mac 2013

2 Komentar
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Maha pencipta. Ajakan daripada seorang murid yang disampaikan melalui seorang sahabat guru pada mulanya saya pandang sepi tanpa rasa teruja.

Sungguh hidayah itu milik Allah. Selang beberapa hari, saya layari laman sesawang dan membuat sedikit kajian tentang Habib Syeh dan malam cinta rasul. Ternyata, apa yang saya temui lebih daripada jangkaan. Majlis yang pernah diadakan pada tahun lalu rupa-rupanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah kehadiran bukan calang-calang anak.

Atas rasa cinta kepada Rasulullah dan kaum kerabat baginda, saya gagahkan diri dan membuang semua bisikan dan kelat-kelat hitam dalam hati. Bahkan, saya muat turun poster majlis yang mulia ini dan saya sebarkan dalam facebook serta blog.

Sabtu, 23 Mac 2013. Perjalanan ke lorong dakwah dari Seremban ke Kuala Lumpur terasa dipermudahkan Allah. Seolah-olah ada tali yang menarik kenderaan kami sepanjang jalan. Maha suci Allah.

Malam Sabtu. Dataran Merdeka yang sebelum ini lengang dan kadang-kala ripuh dengan suara-suara artis bergelandangan tetapi malam itu menjadi sangat meriah dengan cahaya lampu yang terang benderang. Tetapi bukan itu yang menjadi ukuran. Malam itu dapat saya rasakan bahawa setiap helai rumput yang terpijak di tanah lapang itu pasti bangga dan redha untuk menjadi saksi pada setiap tapak kaki yang menginjaknya.

Dan saya sangat bersyukur kerana menjadi salah satu daripada sekian banyak tapak kaki yang berpijak di malam cinta rasul!

Realitinya, suara-suara zikir dan pujian yang berkumandang dan menyelubungi malam minggu itu menutup semua bunyi motor-motor rempit yang biasanya menguasai pancaindera anak kota. Alunan dan gerak tubuh makhluk-makhluk di dataran saat itu sangat meruntun hati-hati yang rindu kepada baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Biarpun waktu hampir menuju detik 12 malam, kaki tidak terasa kebas dan tubuh tidak terasa letai. Alhamdulillah. Aura positif bersipongang dan mengikat hati-hati untuk bertahan. Sungguh!

Kemerduan suara syeh yang bermadeh tanpa berhenti amat mengagumkan. Inilah bukti majlis ilmu masih lagi diminati dan zikir sebegini dengan rentak muzik yang mengasyikkan berjaya menarik anak muda untuk turut serta tanpa ada nilai pesimis.

Tatkala pulang pada lewat malam, kaki melangkah dengan hati tenang dan palitan rindu yang sangat mendalam kepada Rasulullah, penghulu para nabi.

Dan saya terfikir, siapakah yang menggerakkan hati murid tersebut untuk mengajak hati ini? Dan suara siapa yang menggetarkan serta mengetuk karat pintu hati kecil saya ini? Subhanallah!

Dan saya sempat memandang langit malam itu dengan sayu dan sepi.

Nikmat mana lagi yang ingin saya dustakan?

Malam Cinta Rasul 2013 - Dataran Merdeka.

Sabtu, 23 Mac 2013

6 Komentar

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails