Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Forum Perdana Sekolah Sri Seremban: Mohon Sumbangan Pembinaan Surau.

Jumaat, 22 Februari 2013

0 Komentar

Forum Perdana tersebut diadakan sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi mencari dana membiayai Pembinaan Blok Tambahan Surau Sekolah SRI Seremban yang dianggarkan sebanyak RM200,000.00.

Ruang solat surau Sekolah SRI Seremban yang sedia ada adalah terhad dan tidak mampu untuk menampung keperluan murid yang semakin bertambah.

Kepada ibu bapa atau individu-individu yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan anda ke Pejabat Sekolah (06-7633777) atau ke akaun Tabung Pembangunan SRI Seremban (555135005435-Maybank).

Sabda Rasulullah, semua perkara akan meninggalkan kita setelah mati kecuali tiga perkara; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa daripada anak yang soleh.

Jangan Resah

Ahad, 17 Februari 2013

0 Komentar

6 Pesanan Imam Ghazali

Ahad, 20 Januari 2013

1 Komentar

MHT: Siapalah yang buat gambar cantik ini. Sangat kreatif. Jazakallahu khairan kathiran.

Tidur Nabi Muhammad Dan Sains

Isnin, 14 Januari 2013

0 Komentar
KE KANAN

Tidur yang terbaik mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengiring ke kanan.

Mengikut fakta sains, paru-paru sebelah kiri lebih kecil berbanding kanan. Maka, dengan mengaplikasikan tidur cara Nabi Muhamad, jantung tidak menanggung beban yang berat.

Selain itu, apabila seseorang tidur dengan mengiring ke kanan, makanan akan melalui ususnya antara 2.5 hingga 4.5 jam berbanding 8 jam sekiranya tidur mengiring ke kiri.

Hati juga akan menjadi stabil dan tidak tergantung. Begitu juga dengan kedudukan perut. Maka, dengan cara sunah ini, proses penghadaman akan menjadi lebih mudah.

Sudah semestinya, kaedah ini adalah ilham daripada Maha Pencipta yang sangat bijak dan maha mengetahui.

DOA

Rasulullah mengingatkan kita agar berwudhu' dan membaca doa sebelum tidur. Baginda juga mengajar kita supaya membaca al-Fatihah serta 4 Qul, iaitu:
  1. Surah al-Kafirun - Mengelakkan kita daripada hasutan dan pegangan Kaum Kafir. 
  2. Surah al-Ikhlas - menguatkan keimanan dan keyakinan kita terhadap keesaan Allah.
  3. Surah al-Falaq - menghindarkan diri, keluarga dan kawasan rumah kita daripada gangguan sihir, makhlus halus, jin dan manusia yang jahat.
  4. Surah an-Nas - pendinding daripada hasutan iblis dan syaitan.


Tidur ibarat kita mati sementara. Maka, selepas dibangkitkan daripada lena, hendaklah kita bersyukur terhadap nikmat Allah dengan membaca doa.



MHT: Semoga dapat hidup berlandaskan sunah Rasulullah. Selamat malam ^_^

Doa Ketika Hujan Turun

Isnin, 31 Disember 2012

0 Komentar

Sementelah sekarang musim hujan, maka selalulah berdoa. Antara waktu mustajab berdoa adalah ketika hujan diturunkan ke bumi.


Kesalahan Biasa Dalam Pengucapan Awam

Jumaat, 14 Disember 2012

0 Komentar
PERTAMA

"Terima kasih kepada semua murid-murid." [Salah]

"Terima kasih kepada semua murid." [Betul]

"Terima kasih kepada murid-murid." [Betul]

KEDUA

"Saya menyarankan kepada anda-anda semua supaya berhati-hati." [Salah]

"Saya menyarankan kepada anda supaya berhati-hati." [Betul]

"Saya menyarankan kepada kalian supaya berhati-hati. [Betul]

KETIGA

"Kita-kita semua adalah bangsa yang akan berjaya." [Salah]

"Kita adalah bangsa yang akan berjaya." [Betul] 

KEEMPAT

"Penduduk-penduduk kampung mesti sentiasa berusaha." [Salah]

"Penduduk kampung mesti sentiasa berusaha." [Betul]

KELIMA

"Umat-umat Islam mesti berakhlak mulia." [Salah]

"Umat Islam mesti berakhlak mulia." [Betul]

KEENAM

"Rakyat-rakyat negara ini haruslah bersatu-padu." [Salah]

"Rakyat negara ini haruslah bersatu-padu." [Betul]

KETUJUH

"Mereka-mereka adalah golongan yang mesti dibantu." [Salah]
 
"Mereka adalah golongan yang mesti dibantu." [Betul]

MHT: Kata yang menunjukkan jamak/banyak, tidak boleh digandakan.
 

Kerja Kuat

Sabtu, 8 Disember 2012

0 Komentar
Cerita ini memang panjang tetapi amat rugi jika diabaikan. Sebarkan.
 
Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
 
Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ.
 
Beliau berkata, “Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”
 
Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.
 
Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.
 
Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya, ”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah a-Taubah: 105)
 
Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur?
 
Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
 
Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri.
 
Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam: 57).
 
Nabi Idris menjawab, “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.”
 
Allah berfirman, “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)
 
Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.
 
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah.
 
Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”
 
Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.
 
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyataka, “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”
 
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun.
 
Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!
 
MHT: Zikir yang paling besar adalah solat.

Jumaat, 7 Disember 2012

0 Komentar
Mengenang yang lepas itu muhasabah.
Tetapi, jika berlebihan akan bertukar musibah.
Positif dengan masa depan itu motivasi.
Jika berterusan akan menjadi inspirasi.

SENJATA UNTUK GAZA

Rabu, 28 November 2012

0 Komentar
Saban hari, laporan tragedi penyeksaan warga Palestin singgah ke Bumi Malaysia.
 
Amat sedih menyaksikan umat Islam di Gaza dikasari saban hari.
 
Namun, kekecewaan ini tetap tidak memungkinkan masyarakat kita untuk melawan.
 
Justeru, senjata apa lagi yang yang kita ada?
 
Kudrat mana lagi yang masih tersisa?
 
Demi saudara seagama yang mengaku Allah sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad sebagai Rasulnya; ayuh kita bersama-sama menggunakan senjata yang paling ampuh tinggalan baginda Nabi s.aw.
 
DOA QUNUT NAZILAH
 
1. Dibaca ketika kaum Muslimin ditimpa bencana, ancaman, penganiyaan atau penindasan daripada musuh-musuh Islam.
 
2. Imam Bukhari dan Muslim menyatakan dalam sebuah hadis, Anas Bin Malik r.a pernah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan Qunut Nazilah selama 30 hari [Solat Subuh] secara berturut-turut, sebagai doa ke atas para pembunuh yang membunuh 70 orang para sahabat dalam peristiwa Bi’ru al-Maunah.
 
3. Mazhab Hanafi: Boleh dibaca pada solat fardhu jahriyah iaitu Subuh, Maghrib dan Isya’.
 
4. Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki: Boleh dibaca pada setiap kali solat fardhu.
 
5. Menurut sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Ahmad, Anas Bin Malik pernah melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w membaca qunut ini selepas bangkit dari ruku’ terakhir dalam solat.
 
MAKNA
 
Ya Allah, ampunilah dosa kaum Muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya Allah, jinakkan sert satukan hati kaum muslimin. Perbaikilah keadaan mereka. Bantulah kaum Muslimin untuk melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka.
 
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang [zalim] mendustakan para Rasul-Mu dan membunuh para kekasih-Mu.
 
Ya Allah, cerai-beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak tertangguh lagi untuk orang-orang yang penuh dosa.
 
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan hanya kepada-Mu.
 
Wahai Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami, maka kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka.
 
Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh agama Islam. Ya, Allah, pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka. Gegarkanlah pendirian mereka. Ya Allah, belenggukanlah mereka dengan tentera-tentera-Mu ya Allah; ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan yang mana pemurah lagi maha penyayang.
 
Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka [3x] dan menangkanlah kami ke atas mereka.
 
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.
 
MHT: Yang dibaca dalam solat adalah lafaznya [Bahasa Arab]. Boleh didapati dalam buku atau internet. Berusahalah untuk menghafaznya, insya-Allah.

Doa Tahun Baru Hijrah

Rabu, 14 November 2012

1 Komentar
Selamat menghadapi cabaran tahun baru 1434 hijrah.
 
Mulakan awal tahun ini dengan membaca doa yang biasa terdapat pada buku-buku di Malaysia.
 
Mula-mula terfikir hendak taip doa yang panjang ini. Namun, alhamdulillah dunia semakin canggih. Nikmat internet digunakan sebaik mungkin.
 
Terima kasih kepada yang telah berjasa meletakkan doa ini di laman maya. Semoga usaha ini berkembang dan menjadi sedekah jariah hingga ke syurga.
 
Jangan lupa baca dan hayati maknanya.  Baca sekali pun, tidak menjadi masalah. Baca doa yang lain juga tidak berdosa dan dibolehkan.
 
Mari baca ramai-ramai!
 

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails