Translate

"Menulis bukan suka-suka, menulis bukan kerja gila, menulis harus ada rasa; gerak hati ilham Sang Pencipta."

Kes Guru, Murid dan Lembu!

Jumaat, 31 Januari 2014

0 Komentar


Cuba tanya kepada mana-mana guru, siapa yang tidak marah apabila kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak disiapkan oleh anak murid?

Sebagai seorang guru, penulis amat memahami situasi yang berlaku kepada seorang guru berbangsa Cina dan dua anak muridnya yang beragama Islam baru-baru ini.

FAKTA KES

Menurut laporan, guru tersebut telah menggantungkan loceng di leher (ada yang melaporkan di butang baju sekolah murid) dan memaksa kedua-duanya makan rumput di luar kelas kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.

Lebih menyedihkan apabila murid tersebut dipanggil 'lembu' dan hal ini telah menjatuhkan moral murid tersebut. Mereka merasa hilang harga diri kerana dimalukan sedemikian rupa. Tambahan mereka adalah murid berbangsa Melayu yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang majoritinya adalah berbangsa Cina.

Apa yang lebih mengejutkan, dua orang murid lagi yang sebangsa dengan guru tersebut tidak pula dikenakan tindakan yang sama dengan alasan mempunyai masalah kesihatan sedangkan kedua-duanya juga telah melakukan kesalahan yang sama dengan dua murid Islam yang malang itu.

PERKAUMAN

Maaf, penulis tidak berniat untuk membangkitkan isu perkauman. Namun, tindakan berani guru tersebut menjatukan hukuman telah mencalarkan sensitiviti Melayu dan Islam di Malaysia!

Malahan, kes ini telah menjatuhkan martabat dan kredibiliti sistem pendidikan dan perguruan di Malaysia. Pepatah telah menyatakan, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

PENGAJARAN

Sesungguhnya tindakan yang sewajarnya harus dikenakan kepada guru tersebut. Dalam masa yang sama, hal ini menjadi satu pengajaran juga buat para ibu bapa supaya sentiasa peka dengan segala kerja rumah anak mereka. Ibu bapa bukan hanya sekadar menghantar anak ke sekolah dan menyerahkan tugas mendidik seratus peratus kepada pihak sekolah semata-mata.

Bagi penulis, sebelum membuat laporan polis, sebaik-baiknya ibu bapa datang ke sekolah dan berbincang secara aman dengan pihak guru besar/ pengetua sebelum membawa kes ini kepada pihak polis.

Murid ada masalah, guru juga ada masalah, dan ibu bapa juga perlu berfikir bahawa mereka juga mungkin bermasalah. Wallahu a'alam.

MHT: Elakkan memberi masalah! :)

Sahabat - Lirik Lagu

Ahad, 5 Januari 2014

0 Komentar

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Ingin kuulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan, rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri

JOM BELAJAR TAFSIR: MISI 2014

Rabu, 1 Januari 2014

1 Komentar





Allah berfirman dalam Surah an-Anfal ayat 53 yang bermaksud,

"(balasan) Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui."

Betapa banyak nikmat 2013 yang telah kita sia-siakan. Lalu, apakah misi yang akan kita ubah untuk mengharungi gelombang 2014?

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara."

Buat insan bernama guru, tulus dari nubari... teddybear sorry
Related Posts with Thumbnails