Surah al-Burj ayat 1 - 9 |
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam.
Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim sesama saudara.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis berikut:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia
berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.”
Baginda ditanya: “Wahai
Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw
bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang
boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [Riwayat Muslim]
Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang.
Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka
70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke
pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh
dipetik pada bila-bila masa.” [Riwayat at-Tirmizi: Hasan]
MHT: Alhamdulillah, baru sembuh daripada sakit perut dan pening kepala.